Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pegawai Pertamina, 6 suspek ditahan kes rasuah AS$11b

Feb 25, 2025 | 12:04 PM
Riva Siahaan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pertamina Patra Niaga, diberkas bersama enam suspek lain berhubung skandal rasuah minyak mentah bernilai AS$11 bilion ($14.7 bilion).
Riva Siahaan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pertamina Patra Niaga, diberkas bersama enam suspek lain berhubung skandal rasuah minyak mentah bernilai AS$11 bilion ($14.7 bilion). - Foto TANGKAP LAYAR INTERNET

JAKARTA: Pejabat Peguam Negara (AGO) Indonesia telah menahan, Riva Siahaan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pertamina Patra Niaga, bersama enam suspek lain pada petang 24 Februari berhubung skandal rasuah minyak mentah bernilai AS$11 bilion ($14.7 bilion)

Pertamina Patra Niaga ialah cabang jualan syarikat minyak dan gas Pertamina yang dimiliki pemerintah.

Enam suspek lain termasuk eksekutif daripada dua anak syarikat Pertamina – Kilang Pertamina Internasional dan Pertamina International Shipping – serta tiga dari firma sektor swasta – Navigator Khatulistiwa, Jenggala Maritim dan Orbit Terminal Merak.

Mereka didakwa melanggar peraturan pemerintah yang memerlukan Pertamina mengutamakan minyak mentah sumber tempatan untuk pengeluaran bahan api domestik, kata jurucakap AGO, Encik Harli Siregar.

“Peraturan itu memberi mandat kepada Pertamina untuk mendapatkan minyak mentah daripada pembekal domestik dan menapisnya secara tempatan untuk memenuhi permintaan bahan api negara,” jelas beliau.

Bagaimanapun, semasa pandemik Covid-19, Pertamina sebaliknya mengeksport minyak mentah dengan alasan pengurangan kapasiti pengeluaran di kilang penapisannya.

Pada masa yang sama, syarikat itu mengimport minyak mentah untuk memenuhi sasaran pengeluaran, menimbulkan syak wasangka berlakunya salah urus kewangan.

Pengarah siasatan rasuah AGO, Encik Abdul Qohar, berkata perdagangan minyak mentah secara haram antara 2018 dengan 2023 mengakibatkan negara dianggarkan mengalami kerugian 193.7 trilion rupiah atau AS$11.9 bilion.

“Berdasarkan kenyataan saksi, pendapat pakar dan dokumen yang diperoleh secara sah, pasukan penyiasat telah mengenal pasti tujuh suspek,” kata Encik Abdul Qohar semasa sidang media di ibu pejabat AGO di Jakarta.

Ketujuh-tujuh suspek telah ditahan selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.

Mereka semua akan ditahan selama 20 hari untuk proses penyiasatan mulai 24 Februari.

Jurucakap Pertamina, Encik Fadjar Djoko Santoso, mengesahkan syarikat itu akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak pendakwa semasa siasatan dijalankan.

“Pertamina komited untuk bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang bagi memastikan proses undang-undang yang sewajarnya di samping menegakkan keadilan,” kata Encik Fadjar dalam satu kenyataan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg