Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua pegawai tinggi PDI-P dinamakan suspek rasuah

Dec 26, 2024 | 11:07 AM
Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) telah menamakan Hasto Kristiyanto, Setiausaha Agung Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), sebagai suspek dalam kes rasuah yang berkaitan dengan pelarian Harun Masiku, bekas ahli parti nasionalis tersebut.
Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) telah menamakan Hasto Kristiyanto, Setiausaha Agung Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), sebagai suspek dalam kes rasuah yang berkaitan dengan pelarian Harun Masiku, bekas ahli parti nasionalis tersebut. - Foto Instagram PDI-P

JAKARTA: Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) telah mengeluarkan larangan perjalanan ke luar negara terhadap bekas Menteri Kehakiman, Encik Yasonna Hamonangan Laoly, dan Setiausaha Agung Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), Encik Hasto Kristiyanto.

Langkah ini diambil sebagai sebahagian daripada siasatan berterusan terhadap dakwaan rasuah yang melibatkan ahli politik PDI-P yang didakwa menyogok pegawai kanan pilihan raya untuk mendapatkan kerusi parlimen bagi pelarian rasuah, Encik Harun Masiku.

Jurucakap KPK, Encik Tessa Mahardhika, menyatakan pada 25 Disember bahawa larangan perjalanan ini berkuat kuasa selama enam bulan.

Encik Hasto, telah dinamakan sebagai suspek rasuah sehari sebelumnya kerana didakwa terlibat dalam skim sogokan dan membantu Encik Harun melarikan diri daripada keadilan.

Encik Yasonna, yang sebelum ini bertugas sebagai Menteri Kehakiman dan bertanggungjawab terhadap imigresen, telah disoal siasat oleh KPK sebagai saksi dalam skandal ini. Beliau kini berkhidmat sebagai ahli jawatankuasa pusat PDI-P.

Skandal ini bermula daripada usaha untuk membantu Encik Harun mendapatkan kerusi Dewan Perwakilan Rakyat yang dikosongkan oleh kematian seorang ahli parlimen PDI-P selepas pilihan raya 2019.

Encik Hasto dan rakan subahatnya didakwa menyogok Encik Wahyu Setiawan, seorang pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) dari 2017 hingga 2022, untuk memintas peraturan pilihan raya.

Menurut undang-undang pilihan raya Indonesia, kerusi yang dikosongkan sepatutnya diberikan kepada calon kedua tertinggi dari parti yang sama dalam daerah pilihan raya tersebut.

Namun, Encik Harun berada di kedudukan ketiga dalam pilihan raya tersebut. Apabila KPK mula menyiasat kes ini pada tahun 2020, Encik Hasto didakwa menggesa Encik Harun untuk memusnahkan telefon bimbitnya dan melarikan diri.

Encik Harun melarikan diri dari Indonesia pada Januari 2020, ketika KPK memulakan siasatan, dan sejak itu telah disenaraikan sebagai pelarian. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg