Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pegawai polis M'sia ditahan setelah lepaskan tembakan di luar pusat hiburan

Aug 05, 2019 | 03:27 PM



KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat koperal ditahan setelah melepaskan tembakan di luar sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur, Malaysia, semalam. 



Menurut akhbar Malaysia, Bernama, anggota polis berusia 33 tahun itu yang dipercayai mabuk melepaskan tembakan ke udara kerana cuba meleraikan pergaduhan antara rakan wanitanya dengan beberapa individu, pada kira-kira 5.25 pagi.



"Tiada kecederaan dilaporkan akibat tembakan yang dilepaskan dalam kejadian itu dan anggota polis itu kemudian ditahan oleh pegawal keselamatan pusat hiburan," katanya.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan suspek kini direman selama dua hari untuk siasatan lanjut, lapor laman ASTRO AWANI.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >