KOTA KINABALU: Seorang anggota polis berpangkat tinggi, yang merupakan bekas ketua pencegah maksiat negeri, dijatuhi hukuman penjara selama 100 tahun dan dikenakan 15 sebatan kerana merogol serta meliwat gadis berusia 13 tahun.
Timbalan Superintendan Rohaizat Abd Ani, 56 tahun, yang juga bapa dua anak, didapati bersalah atas empat tuduhan merogol dan satu meliwat antara Februari dengan Mei 2012.