Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15

Peja: Yakin Perikatan Nasional boleh cetus kejutan di Tambun

Beliau akur rasakan 'gelombang' sokongan bagi Perikatan Nasional di Perak.
Nov 19, 2022 | 10:45 AM



DATUK Seri Ahmad Faizal Azumu, calon Perikatan Nasional bagi parlimen Tambun, Perak antara orang pertama membuang undi apabila pusat mengundi di Semenanjung Malaysia dibuka pada 8 pagi, menyertai sekitar 20.9 juta rakyat yang layak mengundi pada hari ini.



Datuk Ahmad Faizal, yang berasal dari Ipoh, tiba bersama isterinya di pusat mengundi di Sekolah Agama Rendah Al-Ithidayah sekitar 7.55 pagi.



Beliau, yang turut dikenali dengan nama ‘Peja’ dan pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Perak, sempat berbual-bual dengan rakyat yang sedang menunggu giliran masing-masing untuk mengundi, sebelum beliau masuk ke bilik mengundi.



Bercakap kepada wartawan selepas membuang undi, Datuk Ahmad Faizal berkata beliau berasa yakin dengan peluangnya untuk menang di Tambun.



“Sejujurnya, selepas berkempen selama dua minggu, saya percaya ada gelombang sokongan bagi Perikatan Nasional di seluruh negeri ini, satu perkembangan yang amat menggalakkan. Kami yakin kami boleh mencetus keputusan di luar dugaan hari ini,” kata beliau.



Datuk Ahmad Faizal sedang mempertahankan kerusi parlimen daripada dirampas oleh pesaing utama, iaitu pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 



Dua calon lain di Tambun ialah ketua divisyen Umno di Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanifiah dam Encik Abdul Rahim Tahir dari Gerakan Tanah Air.



Datuk Anwar, yang berasal dari Pulau Pinang, tidak mengundi di Tambun. Sebaliknya, beliau membuang undi di Sekolah Kebangsaan Sri Penanti di Permatang Pauh di Pulau Pinang.



Datuk Aminnudin pula membuang undi di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Tanah Hitam, Chemor.



Ditemui di pusat mengundi Sekolah Agama Rendah Al-Ithidayah, pasangan adik-beradik Cik Farah Azmi, 27 tahun dan Cik Sarah Azmi, 24 tahun, berkata mereka keluar mengundi untuk menjalankan amanah kepada negara. 



"Saya berharap PRU15 ini dapat mewujudkan kerajaan yang stabil dan berwibawa, yang mampu memimpin rakyat dan membangun semula ekonomi,' kata Cik Farah, seorang penduduk di Ipoh, Perak. 



Sekitar 71.2 peratus daripada 160,558 pengundi Tambun adalah orang Melayu, diikuti 18.1 peratus Cina dan 10.3 peratus India.



Dalam pada itu, dalam kenyataan pada 11 pagi, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia berkata 20 peratus pengundi telah membuang undi sehingga 10 pagi tadi.



Pusat mengundi di Semanjung Malaysia dibuka dari 8 pagi hingga 6 petang,  sementara rakyat di Sabah dan Sarawak  mengundi dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang.



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >