Pekerja kolar biru HK pula anjur bantahan di pusat bandar
Dec 03, 2019 | 05:30 AM
HONG KONG: Penunjuk perasaan di Hong Kong semalam memulakan perhimpunan semasa waktu makan tengah hari yang dijadualkan berlangsung selama lima hari berturut-turut.
Bantahan itu dibuat selang sehari satu tunjuk perasaan besar-besaran membuktikan gerakan antipemerintah masih dapat menarik orang ramai untuk keluar ke jalanan walaupun selepas demokrat meraih kemenangan besar baru-baru ini dalam pilihan raya daerah.