Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Peladang keturunan Asia tembak mati 7 rakan kerja di California

Kejadian tembakan rambang berdarah kedua dalam tempoh kurang 48 jam gegarkan Amerika
Jan 25, 2023 | 05:30 AM



SAN FRANCISCO: Seorang lelaki keturunan Asia yang bekerja di sebuah ladang telah diberkas kelmarin selepas tujuh rakan sekerjanya terbunuh di hadapan kanak-kanak di dua tapak berasingan di California, dalam satu lagi kes tembakan rambang di Amerika Syarikat.



Para pegawai kecemasan telah dikerah ke ladang-ladang di San Mateo County, di selatan San Francisco, di mana para mangsa ditemui mati selain beberapa orang yang dilaporkan cedera.



Pegawai Sherif Cik Christina Corpus berkata lelaki berketurunan Asia bernama Chunli Zhao, 67 tahun, diberkas tidak lama selepas kejadian itu.



Insiden dia diberkas dirakam kru-kru televisyen setempat dalam wilayah perladangan di Half Moon Bay.



"Hari ini sekitar 2.22 petang, para timbalan sherif telah dikerah... selepas mereka menerima laporan tentang satu kes tembakan melibatkan beberapa mangsa.



"Setibanya mereka di sana, para pegawai itu menemui empat mangsa yang terkorban dengan kesan tembakan.



"Mangsa kelima juga mengalami kesan tembakan dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Stanford dengan kecederaan yang mengancam nyawa.



"Tidak lama kemudian tiga lagi mangsa lain yang terkorban juga dengan kesan tembakan ditemui di sebuah tapak berasingan di mana tembakan berlaku."



Cik Corpus berkata Zhao kemudian memandu ke sebuah balai sherif di Half Moon Bay di mana kru-kru ABC7 sedang menantikan satu persidangan media.



Rakaman dramatik menunjukkan seorang lelaki Asia memakai baju merah dan berseluar jeans ditarik dan dibentes ke permukaan jalan raya oleh para pegawai bersenjata.



"Zhao diberkas tanpa sebarang insiden dan selaras senapang separuh automatik ditemui dalam kenderaannya," kata Cik Corpus.



Motif tembakan masih belum diketahui, kata Cik Corpus, namun ia berlaku di sebuah lokasi luar bandar dengan adanya ramai keluarga di sana.



Agensi media NBC Bay Area memetik seorang anggota majlis bandar Half Moon Bay sebagai berkata bahawa mangsa merupakan pekerja ladang keturunan Cina.



Kededua ladang terletak di luar kawasan Half Moon Bay, dan rakaman video dari udara oleh pihak media menunjukkan ia terdiri daripada rumah-rumah hijau.



Kejadian tembakan itu adalah yang kedua berlaku kurang 48 jam selepas seorang penembak membunuh 11 orang di sebuah studio tarian dekat Los Angeles.



Gabenor California, Encik Gavin Newsom, yang berada di Monterey Park di mana pembunuhan itu berlaku, mencatit dalam Twitter sejurus berita tembakan terkini itu berlaku.



"Di sebuah mesyuarat di hospital di mana para mangsa satu tembakan beramai-ramai berlaku, saya ditarik keluar untuk memberi taklimat mengenai satu lagi insiden tembakan. Kali ini di Half Moon Bay. Tragedi demi tragedi."



Jurucakap media Rumah Putih, Cik Karine Jean-Pierre, berkata Presiden Joe Biden telah diberi taklimat tentang insiden itu.



"Beliau telah meminta pihak berkuasa federal untuk menawarkan apa jua bantuan kepada pihak berkuasa. Apabila lebih banyak butiran diperolehi, Presiden akan memberikan maklumat terkini." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >