Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelajar lelaki boleh pakai skirt di sekolah Taiwan

Jul 25, 2019 | 08:36 AM



TAIPEI: Kededua pelajar lelaki dan perempuan dibolehkan memakai skirt di sebuah sekolah di Taiwan selepas ia mengumumkan rancangan untuk menghentikan pakaian seragam berdasarkan jantina semalam. 



Menurut penyokong LGBT+, ini merupakan langkah ke arah kesaksamaan antara jantina. 



Perubahan tersebut, langkah yang agak jarang didengar di Asia di mana nilai tradisional dipegang kukuh, diumumkan selepas guru dan pelahar lelaki di Sekolah Tinggi Banqiao Senior di Taipei memakai skirt Mei lalu selama tempoh kempen seminggu yang bertujuan untuk menghentikan stereotaip jantina.



Keputusan sekolah tersebut dilihat sebagai menguatkan lagi reputasi Taipei sebagai contoh pemikiran liberal di Asia. Tapipei juga merupakan kawasan pertama rantau itu yang telah membenarkan perkahwinan sama jantina Mei lalu.



Di bawah peraturan sedia ada, pelajar lelaki dikehendaki memakai seluar dan pelajar perempuan harus memakai skirt, namun di bawah kod seragam baru ini yang akan berkuatkuasa mulai 30 Ogos, tiada ada disebut tentang jantina tertentu. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >