Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelan pemulihan berfasa, bagi bawa M'sia keluar Covid-19

Jun 17, 2021 | 05:30 AM



PELAN Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin bertepatan dalam memastikan kerajaan dapat melaksanakan perancangan yang lebih tersusun mendepani pandemik Covid-19.



Pelan Pemulihan Negara yang memperincikan rancangan kerajaan secara berfasa diyakini mampu membawa negara itu keluar dari pelbagai kemelut akibat pandemik Covid-19.



Demikian antara pelbagai reaksi yang diutarakan pengamat serta ahli politik di Malaysia semalam.



Pensyarah Pusat Polisi Perdana, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia, Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof, berkata pelan berkenaan amat jelas dan boleh dijadikan sandaran kerajaan untuk mencapai pemulihan dari cabaran pandemik itu.



Bagaimanapun, katanya, kejayaan pelan itu amat bergantung kepada kerjasama rakyat dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan, selain faktor sampingan seperti varian baru Covid-19 serta tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) orang ramai.



Kelmarin Tan Sri Muhyiddin berkata, pelan itu diyakini dapat mengembalikan penghidupan harian biasa menjelang akhir tahun termasuk mengadakan semula sesi persidangan Parlimen pada September atau Oktober.



Perdana Menteri Malaysia itu berkata, pelan itu adalah satu strategi peralihan keluar dari kemelut pandemik Covid-19 merangkumi empat fasa yang akan membabitkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.



Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) optimis ekonomi Malaysia mampu pulih tahun ini seiring pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan itu.



Pengarah Urusannya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata kepada Astro Awani faktor pemangkin kepada kejayaan pelan itu adalah menerusi pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).



Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam Umno Online pula berkata, usaha berlipat ganda semua pihak wajar dipadukan agar putaran ganas krisis-krisis dalam negara dapat diselesaikan segera.



Ini kerana katanya, sekarang Malaysia mengalami empat krisis serentak iaitu krisis pandemik Covid-19, krisis ekonomi, krisis politik dan krisis keyakinan.



Menteri Luar Hishammuddin Hussein menggesa anggota parlimen untuk memberi tumpuan kepada usaha kerajaan dalam menangani wabak Covid-19 terlebih dahulu dan tidak "merampas" kestabilan politik sedia ada.



Datuk Hishammuddin berkata ini kerana negara memerlukan kestabilan politik untuk menangani wabak Covid-19.



"Kestabilan ini mungkin membolehkan Parlimen dibuka semula. Kestabilan ini juga mungkin akan memberikan hak kepada ahli-ahli Parlimen untuk bertanya soalan dan kerajaan untuk menjawab ketika sesi persidangan.



"Tetapi yang paling mustahak kestabilan ini mestilah tidak dirampas," katanya dalam artikel di laman webnya semalam. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >