Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelancaran kereta api cepat Indonesia tertangguh, timbul masalah baru

Jun 18, 2023 | 05:30 AM



JAKARTA: Kementerian pengangkutan Indonesia dan tiga firma perunding cara menangguhkan rancangan sebuah konsortium yang dibiaya oleh China, untuk memulakan operasi sepenuhnya perkhidmatan kereta api cepat bernilai AS$7.3 bilion ($9.76 bilion) pada Ogos ini, menurut satu dokuman pihak dalaman.


Projek perdana Presiden Joko Widodo – sebahagian daripada Inisiatif Belt and Road (BRI) – laluan kereta api cepat sepanjang 142 kilometer (km) dari ibu kota Jakarta ke sebuah bandar besar Bandung, sedang dibangunkan oleh sebuah konsortium syarikat milik negara Indonesia dan China itu, sudah menelan belanja AS$1.2 bilion melebihi bajet awal dan sudah lewat empat tahun dari jadual asal.

Pembukaan laluan kereta api itu, projek berprofil tinggi BRI di negara ekonomi terbesar di Asia Tenggara, mulanya ingin dijadikan sebahagian daripada perayaan sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia, dan dianggap sebagai pemberi semangat kepada parti yang memerintah, menjelang pilihan raya umum pada 2024, kata para penganalisis.

“Kelewatan ini memberi peluang kepada pihak pembangkang untuk menyerang,” kata Teuku Rezasyah, seorang penganalisis hubungan antarabangsa di Universiti Pandjadjaran.

Beliau menambah, ini juga menjejas kebolehpercayaan China untuk membina dan menyiapkan projek-projek besar di rantau ini.

Beberapa bulan sebelum pelancaran yang dirancangkan pada Ogos, projek megah ini mengalami beberapa masalah baru, dengan peserta konsortium China mahukan sijil kelayakan operasi sepenuhnya bagi laluan kereta api cepat itu, walaupun masih ada stesen yang belum siap.

Demikian antara ulasan dalam pembentangan setebal 48 muka surat, yang dilihat oleh agensi berita Reuters.


Sebaliknya, kementerian pengangkutan dan firma konsultan Mott MacDonald, PwC dan sebuah firma guaman setempat, Umbra, menyarankan agar operasi komersial sepenuhnya akan bermula pada Januari 2024, sebagaimana dalam laporan ‘Progres Terkini’ bertarikh 14 Mei.

“Terdapat risiko bahawa matlamat operasi komersial pada Ogos mungkin ditangguhkan bagi menyelesaikan kesemua kerja pembinaan menjelang 31 Disember,” menurut laporan itu, yang ditulis dalam bahasa Indonesia.

Penyusunan semula kewangan di PT Wijaya Karya Tbk (WIKA) – sebuah firma binaan milik negara Indonesia, dengan pemilikan minoriti secara tidak langsung dalam konsortium itu – juga menghadapi desakan modal kerja bagi projek itu, yang sudah tertunggak sekurang-kurangnya AS$381.175 juta yang masih belum terbayar, seperti yang tertera dalam satu lagi dokumen.

Setiausaha korporat WIKA, Encik Mahendra Vijaya, berkata syarikat itu mempunyai keupayaan kewangan bagi menyelesaikan kerja-kerja yang masih belum selesai itu, tetapi ia juga meminta konsortium itu membayarnya bagi kerja-kerja yang sudah dilaksanakan.

Indonesia sedang berunding dengan China pinjaman tambahan bernilai AS$560 juta dan meminta kadar faedahnya sebanyak 2.8 peratus bagi bahagian pinjaman dalam mata wang yuan, lebih rendah daripada yang ditawarkan oleh Bank Pembangunan China (CDB) iaitu 3.46 peratus, menurut set kedua dokumen bertarikh 18 Mei itu.

Kemungkinan pelancaran ini ditunda lagi dan lain-lain butir dalam kedua-dua dokumen tersebut tidak dilapor sebelum ini.

Encik Septian Hario Seto, seorang pegawai kanan di kementerian penyelarasan pelaburan, berkata rundingan mengenai pinjaman itu sedang berjalan dengan CDB, tertumpu kepada soal kadar faedah.

Pihak kereta api itu merancang untuk memulakan percubaan perjalanan secara percuma pada pertengahan Ogos, dan akan mengenakan bayaran tambang dijangka pada September, serta menyelesaikan pembinaan stesen yang masih belum siap itu pada November, ujarnya.

Kedutaan China di Jakarta telah mengajukan pertanyaan kepada pemerintah Indonesia mengenai tarikh operasi bermula dan penyediaan sijil kelayakan operasi.

“Buat masa ini, projek itu sedang menjalani ujian bersepadu dan pentauliahan,” kata jurucakap kedutaan pada Khamis.

PwC enggan memberi sebarang ulasan. Firma PT KCIC yang didukung China dalam konsortium itu, Mott MacDonald, Umbra, dan CDB tidak memberi respons apabila diminta memberikan ulasan.

Pinjaman baru diperlukan bagi membantu menutupi kos berlebihan berjumlah AS$1.2 bilion itu.

PT KCIC dianugerahkan projek itu pada 2015, setelah mengajukan saranan yang lebih murah berbanding saingannya dari Jepun, dengan jangkaan projek itu siap pada 2019.

Tetapi projek itu tergendala, gara-gara perselisihan tentang pemilikan tanah, persoalan tentang kesan ekonomi dan pandemik Covid-19.

PT KCIC menjangka ia akan menunggu 40 tahun bagi mengecap keuntungan daripada pelaburannya, dua kali lebih lama daripada anggaran awal, kata seorang eksekutifnya pada tahun lalu.

Tambang bagi sekali perjalanan dengan kereta api itu adalah sekitar 350,000 rupiah ($31.36), bergantung kepada jarak perjalanan, menurut PT KCIC, iaitu hampir seperempat pendapatan mingguan purata pekerja Indonesia.

Perjalanan kereta api cepat antara Jakarta – Bandung itu memakan masa 45 minit, berbanding menaiki kereta sekitar dua hingga tiga jam; atau tiga jam dengan menaiki kereta api yang ada sekarang.

Tetapi oleh kerana beberapa stesennya terletak di luar pusat bandar, kereta api cepat ini mungkin menghadapi kesulitan untuk menarik penumpang perniagaan yang menjadi sasarannya, kata Encik Sutanto Soehodho, seorang penganalisis pengangkutan di Universiti Indonesia.

“Mereka lebih mengutamakan masa dan keselesaan,” katanya.

“Tetapi jika mereka perlu bertukar pengangkutan, mengapa mereka harus menaiki kereta api ini?”

Menyediakan stesen-stesen di Jakarta Pusat dan Bandung adalah terlalu mahal, kata seorang pegawai kementerian, Encik Seto. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >