Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

INDONESIA

Pelancong domestik diramal mula banjiri Bali tujuh hari sebelum Lebaran

Apr 11, 2023 | 05:30 AM



DENPASAR: Ketua Pejabat Pelancongan Wilayah Bali, Encik Tjok Bagus Pemayun, meramalkan jumlah pelancong dalam negara ke wilayah itu akan mula meningkat tujuh hari sebelum Aidilfitri 2023.



"Selalunya, tujuh hari sebelum Aidilfitiri terdapat ramai (pelancong domestik), tetapi kemuncaknya selepas Hari Raya.



"Memang ramai pelancong domestik pada Hari Raya, dan ia mengambil masa tujuh hari sebelum mereka mula tiba, terutama mereka yang dari Pulau Jawa," katanya pada Ahad.



Bagi cuti Aidilfitri 2023, beliau menyasarkan peningkatan kunjungan pelancong dalam negara ke Bali mencecah 20 peratus daripada hari biasa.



Secara purata, ketibaan pelancong domestik di Lapangan Terbang I Gusti Ngurah Rai pada hari biasa mencecah 11,000 orang setiap hari.



Berdasarkan pemantauan Pejabat Pelancongan Bali, pelancong dari Jakarta, Jawa Barat, Jawa Tengah, Jawa Timur, Sumatera Utara, dan Kalimantan Timur mendominasi pelancong yang berkunjung ke Bali setiap cuti Aidilfitri.



Beliau menambah bahawa tujuh hari sebelum Aidilfitri, kebanyakan pelancong tiba di Bali menggunakan pengangkutan darat.



Tujuh hari selepas Aidilfitri, pelancong yang tiba di wilayah itu biasanya menaiki kapal terbang.



Destinasi pelancongan yang diramal paling dikunjungi pelancong sepanjang tempoh cuti Aidilfitri ialah pantai, diikuti perkampungan pelancongan seperti Penglipuran, kawasan Kintamani, dan Tasik Batur.



Encik Pemayun menjelaskan bahawa pelancong dalam negara, khususnya keluarga, memilih menginap di hotel berbintang di kawasan Nusa Dua, Kuta dan Sanur.



Beliau berharap destinasi pelancongan lain, seperti kota Candidasa di daerah Karangasem dan Pantai Lovina di daerah Buleleng, dapat memberi impak positif juga.



Ketua pejabat pelancongan itu merayu kepada penyedia perkhidmatan pelancongan supaya mengekalkan mutu perkhidmatan mereka.



Hotel, terutamanya yang telah diperakui, diminta terus melaksana piawaian Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan dan Kelestarian Alam Sekitar (CHSE).



Destinasi pelancongan juga diminta menjaga keselamatan dan keselesaan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >