BANGKOK: Seorang pelancong wanita dari Jerman mati manakala rakannya masih menerima rawatan selepas disengat ubur-ubur ketika berenang di pantai peranginan Koh Samui, lapor Bangkok Post semalam.
Kejadian yang berlaku pada Selasa itu menyaksikan Cik Saskia Thies dan rakannya, Cik Giovanna Rassi, dikejarkan ke Hospital Samui Bangkok selepas menerima rawatan awal akibat disengat uburubur kotak itu.