Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelepasan air dari bekas loji nuklear Fukushima selamat: Pakar

Semakan tunjuk kesan tidak seberapa ke atas alam sekitar jika air dari loji nuklear Jepun yang rosak dilepas ke laut
Jul 06, 2023 | 03:41 PM



TOKYO: Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Dr Rafael Mariano Grossi, pada Rabu menjamin keselamatan rancangan Jepun hendak melepaskan air radioaktif yang dirawat di loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke lautan selepas beliau meninjau kemudahan itu.


Dalam satu peristiwa penting bagi penyahaktifan loji jana kuasa yang musnah dalam gempa bumi dan tsunami pada 2011 itu, IAEA berkata pada Selasa bahawa semakan selama dua tahun menunjukkan rancangan Jepun untuk melepaskan air akan mempunyai kesan tidak seberapa terhadap alam sekitar.

Kesatuan nelayan Jepun telah lama menentang rancangan itu dengan menyatakan ia akan membatalkan usaha untuk memulihkan reputasinya yang tercemar selepas beberapa negara mengharamkan beberapa produk makanan Jepun kerana bimbang kesan radiasi.

Jepun kerap menguji makanan laut dari kawasan Fukushima dan mendapati ia selamat.

Dr Grossi berkata tiada isu tertangguh, selepas meninjau loji jana kuasa rosak itu dan memberi makan kepada ikan dalam air radioaktif yang dirawat sebagai bukti tidak terdapat sebarang bahaya.

Beliau juga merasmikan pejabat IAEA di lokasi yang akan memantau pelepasan air itu, yang dijangka mengambil masa 30 hingga 40 tahun.

Namun, realiti bagi orang ramai, ekonomi dan persepsi sosial mungkin berbeza daripada sains, kata Dr Grossi, sambil mengakui kebimbangan mengenai pelepasan air.

“Saya tidak mempunyai penyelesaian ajaib untuk keraguan dan kebimbangan yang mungkin wujud, tetapi kami mempunyai satu perkara... kami akan tinggal di sini bersama anda selama beberapa dekad akan datang... hingga titisan air terakhir telah selamat dilepaskan,” ujar beliau.

Kerajaan Jepun sedang menimbangkan untuk mula melepaskan air seawal Ogos, kata agensi berita Nikkei pada Rabu.


Rancangan itu masih memerlukan kelulusan rasmi daripada badan kawal selia nuklear negara, yang dijangka memutuskannya pada Jumaat.

Dalam pada itu, beberapa negara jiran juga telah melahirkan kebimbangan mengenai ancaman terhadap alam sekitar, dengan Beijing muncul sebagai pengkritik utama.

Jurucakap Kementerian Luar China, Encik Wang Wenbin pada Rabu mengkritik langkah membuang air berkenaan dan mengancam mengambil tindakan jika rancangan itu diteruskan.

Namun beliau enggan memberikan butiran khusus tentang jenis tindakan yang akan diambil kelak.

China mengharamkan import makanan laut dari 10 wilayah di Jepun, termasuk Fukushima dan ibu kota Tokyo.

Import makanan laut dari wilayah lain dibenarkan tetapi mesti lulus ujian radioaktiviti dan mempunyai bukti pengeluaran di luar 10 wilayah larangan tersebut.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Dr Matthew Miller, memuji kerjasama Jepun dengan IAEA dan “proses berasaskan sains dan telus”.

Bagi meredakan kebimbangan antarabangsa, Dr Grossi berkata beliau akan menyusuli lawatannya ke Jepun dengan lawatan ke Korea Selatan dan Kepulauan Pasifik untuk menjelaskan air dari loji tersebut tidak akan memberi kesan negatif kepada alam sekitar.

Perdana Menteri Jepun, Encik Fumio Kishida berkata pada Selasa bahawa negaranya akan berusaha untuk mendapatkan penerimaan di dalam dan luar negara dengan pengesahan IAEA itu. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >