Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelitup tidak lagi wajib dalam pengangkutan awam, kemudahan jagaan kesihatan di M’sia

Jun 30, 2023 | 03:33 PM



PETALING JAYA: Pemakaian pelitup tidak lagi diwajibkan dalam pengangkutan awam dan di kemudahan penjagaan kesihatan mulai 5 Julai, kata Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Zaliha Mustafa.


Namun, pemakaian pelitup masih amat digalakkan bagi penumpang yang menaiki pengangkutan awam.

Dr Zaliha juga berkata mereka yang didapati positif Covid-19 masih diwajibkan memakainya di kemudahan penjagaan kesihatan seperti hospital dan klinik swasta.

“Pelitup juga amat digalakkan untuk individu berisiko tinggi seperti warga emas, mereka yang mempunyai imuniti rendah dan penyakit kronik serta ibu mengandung (semasa) di kawasan sesak,” katanya dalam satu kenyataan.

“Individu yang mengalami gejala pernafasan juga harus memakai pelitup untuk mengelak menjangkiti orang lain,” tambahnya.

Kelonggaran itu sejajar dengan pengisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Mei bahawa Covid-19 bukan lagi kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan dunia, kata menteri itu, seiring dengan penurunan kes di Malaysia.

“Sepanjang lima minggu lalu, jumlah kes baru Covid-19 menunjukkan penurunan sebanyak 53.5 peratus (5,801 kes kepada 2,698 kes) dan kematian berkaitan Covid-19 menurun sebanyak 35.3 peratus (17 kes kepada 11 kes) ,” ujarnya lagi, lapor The Star.

Menurutnya, kesemua itu disebabkan “pencapaian” dalam menguruskan pandemik dan kejayaan membendung jangkitan yang sekali gus memulihkan perkhidmatan kesihatan negara.

“Dari segi kapasiti hospital, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam dan kemudahan katil Covid-19 telah menurun, manakala peratusan katil yang diisi di unit rawatan rapi kekal stabil pada 6 peratus,” jelas Dr Zaliha.

“Sehingga 27 Jun, seramai 16,337,744 (50 peratus) penduduk Malaysia telah menerima dos penggalak pertama (vaksin Covid-19) dan hanya 2.5 peratus (825,275) telah menerima dos penggalak kedua.”

Dr Zaliha juga berkata mulai 5 Julai ini tempoh pengasingan pesakit Covid-19 akan dikurangkan daripada tujuh kepada lima hari dari permulaan simptom.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >