Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Peluang perniagaan dalam penjagaan kesihatan di UAE

Jun 09, 2023 | 03:25 PM



Kekuatan Amiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai destinasi popular seluruh dunia menarik para pelabur sejagat.

Negara itu juga berjaya memasarkan kedudukannya sebagai bumi masa hadapan dengan aspirasi tiada batas bagi generasi masa kini dan akan datang.

Untuk menyokong dan menarik minat syarikat dari sektor ekonomi strategik, UAE menawarkan pakej insentif bersaing dengan kemudahan pembiayaan untuk sektor keutamaan.

Ia termasuk bidang penyelidikan dan pembangunan; makanan dan pertanian; penjagaan kesihatan; teknologi maklumat (IT)-kecerdasan buatan (AI); serta farmaseutikal dan pengilangan.

Tumpuan artikel ini ialah sektor penjagaan kesihatan dan peluang pelaburan di UAE.

Covid-19 menunjukkan peri perlunya memastikan bekalan barangan dan khidmat jagaan kesihatan yang mencukupi untuk memerangi wabak di peringkat sejagat.

Tumpuan jangka panjang utama bagi pemerintah UAE adalah bagi mengurangkan pergantungan pada farmaseutikal yang diimport dan beralih kepada pengilangan setempat.

Malah, negara itu menyaksikan permintaan yang kian meningkat bagi ubat generik, dengan perbelanjaan per kapita adalah antara yang tertinggi di Timur Tengah.

Bank Dunia mengunjurkan bahawa jumlah penduduk negara itu akan mencapai 11.1 juta menjelang 2030, dengan purata jangka hayat ialah 79.8 tahun.

Strategi Perindustrian Dubai dan wawasan Abu Dhabi 2030 menganggap industri farmaseutikal sebagai salah satu subsektor utama untuk dibangunkan dengan prospek pertumbuhan masa depan, potensi eksport dan kesan ekonomi jangka pertengahan hingga jangka panjang.

Sektor pelancongan perubatan yang semakin berkembang menjana permintaan untuk kemudahan moden dengan peralatan perubatan yang canggih.

UAE menawarkan skop yang baik untuk perniagaan pengilangan dalam farmaseutikal, termasuk menghasilkan pembalut pelekat, gumpalan dan kain kasa, gel pembedahan, kotak dan alat pertolongan cemas serta kelengkapan ortodontik.

Banyak syarikat farmaseutikal antarabangsa telah ditubuhkan di negara itu. Beberapa syarikat – seperti Pfizer dan Janssen EMEA (cabang farmaseutikal Johnson & Johnson) – menjadikan UAE tapak ibu pejabat serantau mereka.

Perkembangan liputan penjagaan kesihatan swasta dan pemodenan prasarana kesihatan akan terus memacu pertumbuhan pasaran preskripsi.

Perbelanjaan Sektor Jagaan Kesihatan UAE

– UAE menjadi tuan rumah Bandar Penjagaan Kesihatan Dubai (DHCC) zon bebas perubatan terbesar di dunia, terdiri daripada 160 rakan kongsi klinikal merentas lebih 150 kepakaran dengan golongan karyawan dari 90 negara.

– Pasaran peranti perubatan UAE dijangka berkembang kepada $1.5 bilion menjelang 2025 pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 4.4 peratus.

– Perbelanjaan penjagaan kesihatan di UAE dijangka meningkat kepada $21.3 bilion menjelang 2021, yang diunjurkan mencakupi 4.6 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) menjelang 2026.

– Tinjauan sedekad untuk menganggarkan perbelanjaan masa hadapan menunjukkan bahawa perbelanjaan penjagaan kesihatan akan mencecah sehingga $26 bilion menjelang 2028.

– Pasaran UAE berbangga dengan perbelanjaan penjagaan kesihatan per kapita yang secara purata mencecah $1,200, meletakkan negara itu dalam 20 teratas di dunia.

UAE telah menetapkan satu siri dasar kesihatan yang bertujuan menyediakan khidmat kesihatan bermutu tinggi dan sama cekap sama ada bagi khidmat kuratif, pencegahan atau pemulihan.

Pemerintah berhasrat menyediakan khidmat bermutu tinggi dengan cara inovatif, mengikut piawaian terbaik dan dengan kerjasama entiti kesihatan yang lain.

UAE menghadapi kekurangan kakitangan perubatan terlatih. Terdapat banyak program pembinaan dan pengubahsuaian hospital yang sedang dijalankan hasil pelaburan awam dan swasta.

Pihak Berkuasa Kesihatan Dubai (DHA) melaporkan bahawa UAE memerlukan tambahan 8,000 katil hospital menjelang 2025.

Lantas, ia menggalakkan lebih banyak pelaburan sektor swasta. Anggaran mencadangkan kini terdapat kekurangan hampir 2,000 katil hospital di seluruh negara, walaupun terdapat peningkatan sekitar 30 peratus dalam bilangan katil dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

UAE turut menghadapi kekurangan kakitangan perubatan dan peluang latihan perubatan.

Terdapat banyak peluang untuk perniagaan pengilangan bagi perusahaan kecil dan sederhana (SMEs) dan perusahaan pemula.

UAE sedang mengambil langkah aktif untuk pembangunan sektor farmaseutikal, dengan inisiatif seperti pengeluaran sara diri sebagai cara bagi mengurangkan pergantungan kepada produk import.

Daya usaha terkini yang diambil untuk memartabatkan sektor itu, termasuk pemeteraian perjanjian antara Kementerian Kesihatan dan Pencegahan dengan Zon Bebas Jabel Ali (JAFZA), sebuah syarikat DP World, melalui MOU bagi pembangunan sektor penjagaan kesihatan dan farmaseutikal di negara itu.

Nota: Penulis seorang pengamat perkembangan di Timur Tengah. Beliau ialah penulis tamu akhbar ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >