Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AS: Peluru berpandu baru Iran satu ‘ancaman serius’

May 26, 2023 | 6:09 PM
PELURU BERPANDU KHEIBAR: Foto yang diedarkan oleh Kementerian Pertahanan Iran menunjukkan pelancaran ujian peluru berpandu jarak jauh Kheibar yang berupaya meluncur 2,000 kilometer.
PELURU BERPANDU KHEIBAR: Foto yang diedarkan oleh Kementerian Pertahanan Iran menunjukkan pelancaran ujian peluru berpandu jarak jauh Kheibar yang berupaya meluncur 2,000 kilometer. - Foto AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat menyifatkan rancangan peluru berpandu Iran sebagai “satu ancaman serius” setelah negara itu mendedahkan model baru senjata itu dengan keupayaan jarak jauh.

“Pembuatan dan penggunaan peluru berpandu balistik Iran itu merupakan satu ancaman serius terhadap keselamatan serantau dan antarabangsa, dan masih menjadi cabaran besar kepada usaha mengawal penggunaannya,” kata jurucakap Jabatan Negara, Encik Matthew Miller, pada Khamis.

Peluru berpandu Kheibar berupaya meluncur sejauh 2,000 kilometer dan boleh membawa induk senjata seberat lebih satu tan, kata Kementerian Pertahanan Iran.

Pendedahan itu dibuat selepas beberapa rundingan menemui jalan buntu bagi memulihkan rundingan mengenai nuklear di mana Iran berjanji akan menangguhkan aktivitinya bagi mengelakkan dikenakan sekatan.

Perjanjian pada 2015 itu diketepikan oleh mantan Presiden Amerika, Encik Donald Trump, dan telah dibidas oleh Israel kerana sebenarnya tidak mempertanggungjawabkan Iran atas program peluru berpandunya itu.

Pentabiran Presiden Joe Biden pula sudah bosan dengan soal melonggarkan sekatan di bawah perjanjian itu, terutama selepas Iran dilanda bantahan besar-besaran menentang kepimpinan negara itu.

“Iran, dengan persenjataan nuklear, mungkin bertindak lebih provokatif, dan kerana itulah juga kita semua amat komited mencegah Iran daripada memiliki senjata-senjata nuklear,” kata Encik Miller. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg