Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Peluru berpandu Russia sasar wilayah Ukraine, serangan dapat dipatah

Jul 27, 2023 | 03:01 PM



KYIV: Russia menyasarkan wilayah Kyiv, Khmelnytskiy dan Kirovohrad dalam serangan peluru berpandu kedua ke atas Ukraine pada Rabu, dan ketua tentera udara Ukraine berkata serangan itu telah dapat dipatahkan.


Komander Tentera Udara Mykola Oleshchuk, menulis di Telegram, berkata unit antipesawat telah menjatuhkan 36 sasaran – tiga peluru berpandu Kalibr dan 33 peluru berpandu Kh-101/Kh-555.

Maklumat lanjut sedang dikumpulkan mengenai peluru berpandu Kindzhal yang juga digunakan dalam serangan itu.

“Hari itu ternyata sukar, tetapi terima kasih kepada semua yang mempertahankan ruang angkasa kita, kami menangkis serangan ini! Terima kasih kepada semua orang!” Komander Oleshchuk menulis.

Tiada laporan segera mengenai kerosakan daripada serangan peluru berpandu atau kegiatan antipesawat.

Pihak berkuasa di wilayah Khmelnytskiy barat mengesahkan bunyi letupan.

“Kami telah mendaftarkan sasaran berkelajuan tinggi, mungkin juga peluru berpandu balistik, musuh menggunakan jenis senjata yang berbeza,” kata jurucakap tentera udara Encik Yuriy Ihnat dalam komen di televisyen.

Beliau berkata beberapa peluru berpandu telah meluncur ke arah bandar Starokostiantyniv, tapak lapangan terbang tentera Ukraine.

Beliau berkata peluru berpandu itu telah melalui laluan yang sangat berbelit, malah membuat pusingan 180 darjah pada satu ketika.

Pertahanan udara Ukraine menggagalkan serangan awal pada petang Rabu, menembak jatuh dua peluru berpandu Kalibr ke atas bandar tengah Vinnytsia yang kelihatan ditembak oleh kapal selam di Laut Hitam, kata tentera udara.

Russia menceroboh Ukraine pada Februari 2022.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, berkata pada Ahad bahawa walaupun Ukraine telah menawan semula separuh wilayah yang pada mulanya dirampas oleh Russia, serangan balas Ukraine adalah pada hari-hari awalnya dan akan menampakkan hasilnya dalam “beberapa bulan”. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >