Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Russia bom pelabuhan Ukraine, gemparkan pasaran bijirin dunia

Jul 21, 2023 | 03:16 PM



MYKOLAIV: Russia menggemparkan pasaran bijirin dunia apabila ia melancarkan serangan udara malam ketiga berturut-turut ke atas pelabuhan Ukraine dan menimbulkan ancaman terhadap kapal-kapal yang menuju ke Ukraine.


Sekurang-kurangnya 27 orang awam dilaporkan cedera dalam serangan udara di pelabuhan yang menyebabkan bangunan terbakar dan merosakkan konsulat China di Odesa.

Amerika Syarikat berkata ancaman Russia terhadap kapal menunjukkan Moscow mungkin menyerang kapal di laut berikutan penarikan Moscow minggu ini daripada perjanjian yang diuruskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membenarkan Ukraine mengeksport bijirin.

Isyarat bahawa Russia sanggup menggunakan kekerasan untuk mengenakan semula sekatannya terhadap salah satu pengeksport makanan terbesar dunia itu boleh menyebabkan harga global melonjak.

Moscow berkata ia tidak akan mengambil bahagian dalam perjanjian bijirin yang berusia setahun itu tanpa syarat yang lebih baik untuk penjualan makanan dan bajanya sendiri.

PBB berkata keputusan Russia itu mengancam keselamatan makanan ke atas penduduk termiskin di dunia.

Majlis Keselamatan PBB akan bermesyuarat pada Jumaat mengenai “kesan kemanusiaan” daripada pengunduran Russia daripada perjanjian bijirin itu, kata pejabat perwakilan PBB di Britain.

Kyiv berharap menyambung semula eksport tanpa penyertaan Russia. Tetapi tiada kapal telah belayar dari pelabuhannya sejak Moscow menarik diri daripada perjanjian itu pada Isnin, dan syarikat-syarikat insurans ragu untuk menyediakan perlindungan insurans untuk perdagangan di zon perang.

Sejak keluar daripada perjanjian itu, Moscow telah setiap malam menghujani peluru berpandunya di dua bandar pelabuhan terbesar di Ukraine, Odesa dan Mykolaiv.

Gabenor wilayah Odesa Oleh Kiper menyiarkan imej dalam talian mengenai bangunan konsulat China yang pecah tingkapnya. Ia terletak di pusat bandar Odesa tidak jauh daripada pelabuhan.

“Serangan sengaja disasarkan terhadap infrastruktur pelabuhan yang menyaksikan bangunan pentadbiran dan kediaman berdekatan rosak...,” kata Encik Kiper di Telegram.

Kementerian Luar China berkata serangan itu “menghancurkan bahagian dinding dan cermin tingkap konsulat... China sedang memberi perhatian kepada perkembangan berkaitan”.

Di Mykolaiv, anggota bomba memadamkan kebakaran besar di sebuah bangunan kediaman yang musnah. Beberapa bangunan kediaman lain turut rosak.

Moscow menyifatkan serangan ke atas pelabuhan itu sebagai membalas serangan Ukraine ke atas jambatan Russia ke Crimea pada Isnin. Ia berkata pada Khamis bahawa serangan balasnya akan diteruskan dan ia telah mencapai semua sasarannya di Odesa dan Mykolaiv.

Dalam ancaman yang paling jelas, tentera Russia mengumumkan ia akan menganggap semua kapal yang menuju ke perairan Ukraine mulai Khamis berpotensi membawa senjata. Ia juga mengisytiharkan bahagian Laut Hitam sebagai tidak selamat. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >