Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pembangkang masih enggan terima pelawaan kerajaan M’sia bincang projek kawasan: Anwar

Jun 17, 2023 | 06:16 PM



SUNGAI PETANI (Kedah): Ahli Parlimen pembangkang didakwa masih enggan menerima pelawaan kerajaan bagi mengadakan perbincangan mengenai projek di kawasan mereka yang belum diluluskan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata apa yang dilakukan pembangkang ketika ini hanya memberi kecaman terhadap kerajaan termasuk mendakwa kerajaan zalim kerana tidak memberi kelulusan projek yang dibawa.

“Ini soal yang dibangkitkan mengenai projek kawasan yang dikatakan pembangkang. Bila saya jadi Perdana Menteri saya jawab dengan perundingan kita akan segera meluluskan projek daripada pembangkang sama dengan Ahli Parlimen kerajaan lain.

“Bagi pihak kerajaan, saya telah minta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk pelawa dan bincang dengan Ahli Parlimen pembangkang, tetapi sampai sekarang mereka enggan adakan rundingan itu. Mereka terus kecam kata tidak bagi kelulusan, zalim, dulu juga kamu tak bagi, tak zalim lah.

“Dalam politik ini guna agama, dia putuskan hukum. Kamu tak bagi kedudukan, kamu zalim. Jadi kamu 30 tahun kamu tak bagi peruntukan, zalim atau tak,” katanya pada Sabtu, lapor Berita Harian Malaysia.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis menutup Konvensyen Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat: ‘Pembangunan MADANI, Rakyat Disantuni’ di Dewan Perdana, UiTM Merbok.

Datuk Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pihaknya tidak pernah membelakangkan projek di kawasan pembangkang kerana mahu memastikan semua projek untuk rakyat berjalan.

“Sama ada dia melalui Ahli Parlimen parti Kerajaan Perpaduan atau pembangkang, ia tidak mempengaruhi keputusan kita untuk menentukan projek rakyat mesti diutamakan.

“(Cuma) ia perlu ada satu mesyuarat, setuju pada kita hari ini, esok saya luluskan. Contoh Isnin kita setuju, Selasa saya luluskan, walaupun Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi, ia tak jadi isu. Saya tahu peranan saya sebagai Perdana Menteri menjaga kepentingan semua rakyat,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >