Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Pembangkang perlu tambat undi penduduk kampung, kawasan pedalaman

Oct 29, 2022 | 05:30 AM



ADALAH penting bagi parti pembangkang untuk memikat undi penduduk kampung dan di kawasan pedalaman - yang menjadi pangkalan sokongan kuat tradisional Umno.



Namun mereka mungkin tidak mempunyai sumber atau keupayaan berbuat demikian pada Pilihan Raya Umum kali ini, kata Felo Kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr Oh Ei Sun.



"Ia satu kemewahan yang mungkin mereka tidak mampu melakukan kerana tidak mempunyai sumber berlimpahan seperti Umno untuk memberi habuan di kawasan-kawasan sedemikian," ujar beliau.



Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) tentang kepentingan undi dari penduduk kampung dan kawasan pedalaman, Zamil Kanan Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat, berkata adalah amat penting bagi pembangkang menambat hati rakyat di kawasan sedemikian.



Menurut beliau, sistem elektoral di Malaysia memberikan suara yang sama penting kepada suara rakyat di bandar dan ini menimbulkan keprihatinan berbeza bagi pembangkang, apabila dibandingkan dengan keprihatinan di kawasan undi bandar.



"Cara mereka berkempen juga memerlukan pendekatan dan gaya yang berlainan," ujar beliau.



Persaingan untuk memikat undi Melayu/Muslim, termasuk di kawasan pedalaman dijangka sengit di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bulan depan.



Menurut perangkaan terkini dari jabatan statistik Malaysia, sehingga 2020, 69.4 peratus penduduk di sana adalah Bumiputera-Melayu, dan 63.5 peratus beragama Islam.



Di pilihan raya umum 2018 yang dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH), media setempat menyifatkan kemenangan itu dicapai dengan sokongan pengundi etnik Melayu yang membolehkan PH mengakhiri kuasa Barisan Nasional (BN) selama 60 tahun menubuhkan kerajaan.



Namun kurang dua tahun, BN kembali berkuasa menerusi 'Tindakan Sheraton' - langkah politik yang diterajui BN dan disifatkan pengamat politik sebagai pakatan berteras Melayu/Muslim.



Dalam wawancara dengan CNA baru-baru ini, mantan perdana menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad, berkata politik berdasarkan identiti berperanan utama kerana pengundi masih membuat pilihan berdasarkan kaum.



Bersependapat, Dr Oh berkata politik berdasarkan identiti dijangka masih memainkan peranan besar kali ini kerana kebanyakan orang Melayu di Malaysia kurang selesa dengan usulan berbilang kaum dan berbilang budaya yang diketengahkan pembangkang.



Dr Norshahril pula berkata selain politik identiti, yang menjadi tumpuan kumpulan elit, isu-isu lain seperti pembangunan kawasan pendalaman dan undi belia - ini adalah kali pertama rakyat berusia 18 tahun dan ke atas dibenarkan mengundi - juga boleh memainkan peranan. NORMAN SAWI




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >