Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pembuat vaksin di China dalam rundingan bagi uji penawar secara global

May 9, 2020 | 9:00 PM
PENAWAR KORONAVIRUS: Syarikat Sinovac Biotech yang berpangkalan di Beijing, China, kini sedang berbincang dengan pihak penguasa di beberapa negara, dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi melancarkan fasa III ujikaji klinikal di rantau di mana novel koronavirus sedang menular pesat. Kelihatan para pelajar sekolah duduk dalam jarak selamat di dalam darjah dan setiap meja disediakan alat pelindung diri demi mengelak dijangkiti Covid-19.
PENAWAR KORONAVIRUS: Syarikat Sinovac Biotech yang berpangkalan di Beijing, China, kini sedang berbincang dengan pihak penguasa di beberapa negara, dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi melancarkan fasa III ujikaji klinikal di rantau di mana novel koronavirus sedang menular pesat. Kelihatan para pelajar sekolah duduk dalam jarak selamat di dalam darjah dan setiap meja disediakan alat pelindung diri demi mengelak dijangkiti Covid-19. - - Foto: AFP

BEIJING: Salah sebuah syarikat China yang dianggap calon terbaik dalam menghasilkan penawar Covid-19 kini sedang dalam rundingan bagi menjalankan ujikaji tahap akhir di seluruh dunia sedang usaha untuk imunisasi kian ditingkatkan.

Syarikat berpangkalan di Beijing itu, Sinovac Biotech, kini sedang berbincang dengan pihak penguasa di beberapa negara, dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi melancarkan fasa III ujikaji klinikal di rantau di mana novel koronavirus sedang menular pesat, ketua eksekutif Yin Weidong berkata dalam satu wawancara kelmarin.

"Bagi menilai sama ada penawar itu boleh memberi perlindungan, kita perlu belajar hubungan antara insiden penyakit dan vaksinasi," kata Encik Yin.

"Anda tidak boleh melakukannya tanpa kes," ujarnya.

Dengan China berjaya membendung penularan bagi kes jangkitan baharu, pembuat ubat itu kini perlu kerjasama antarabangsa untuk menguji calon vaksin di negara luar - satu tugas yang rumit disebabkan ketegangan antara China dan beberapa negara, terutamanya Amerika Syarikat, tentang cara dan bagaimana virus itu berpunca. - The Business Times

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg