Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

LAPORAN KHAS: PEMBUKAAN SEMULA PINTU SEMPADAN MALAYSIA

Sejarah terukir: M'sia terima semula rakyat luar, solat di masjid tanpa jarak

ANALISIS BERITA,KHIRUL BAHRI BASARUDDIN

Apr 02, 2022 | 05:30 AM



SEMALAM, 1 April 2022, penuh sejarah buat rakyat Malaysia apabila sempadan negara yang ditutup sejak 27 bulan lepas dibuka semula untuk menerima rakyat luar; bagi umat Islam pula kali pertama mereka dapat mengerjakan solat fardu dan solat Jumaat secara merapatkan sejadah tanpa bersentuhan semasa bersolat di masjid.



Di Selatan dan Utara negara, pintu masuk dibuka bermula pada 12.01 tengah malam, 6 pagi dan 8 pagi bagi menerima tetamu negara. Di sempadan Malaysia-Singapura pembukaan pintu masuk melalui Koswe disambut dengan meriah, begitu juga di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA), lapangan terbang di Langkawi, Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu.



Bagaimanapun, suasana agak tenang di pintu masuk Bukit Kayu Hitam, Kedah, dan Wang Kelian, Perlis, yang dibuka pada 6 pagi dan 8 pagi, malah timbul kekeliruan dalam kalangan rakyat Thailand yang gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.



Menurut jurucakap Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah, hanya beberapa kenderaan berjaya melintasi kaunter pemeriksaan imigresen di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) yang dibuka tepat 6 pagi semalam, berikutan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan seperti kelulusan Thai Pass.



Di Wang Kelian pula timbul kekeliruan mengenai pematuhan SOP Covid-19 sehingga menyebabkan beberapa pengembara gagal melepasi pintu masuk sempadan.



Di KLIA Sepang, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, mengalu-alukan ketibaan 220 penumpang pesawat Etihad Airways dari Abu Dhabi. Pesawat penerbangan EY418 itu yang mendarat pada 10.14 pagi diberikan sambutan tradisi semburan air.



Menurut Datuk Seri Nancy, terdapat 100 penerbangan yang dijadualkan tiba di lapangan terbang Malaysia pada Jumaat yang membawa lebih 10,000 penumpang termasuk pelawat luar dengan 80 daripadanya melalui KLIA dan KLIA2.



Bagi pihak Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, pula kemudahan di 183 pintu masuk negara telah bersedia menerima kedatangan pengembara dengan kaunter manual diaktifkan 50 peratus manakala 'auto gate' aktif 100 peratus.



"Pihak kami bersedia membuka lebih banyak kaunter manual bergantung pada keperluan. Setakat ini, kaunter sedia ada mampu menampung ketibaan pengembara tanpa berlaku apa-apa kesesakan," katanya.



Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Iskandar Mizal Mahmood, berkata pihaknya telah membuat persediaan rapi sejak sebulan lepas dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kesihatan bagi memastikan proses ketibaan dan waktu menunggu pengembara ringkas dan cepat.



Tambahnya, sukarelawan dan pasukan petugas MAHB telah digerakkan di kawasan lapangan terbang untuk membantu pengembara terutamanya dari segi penggunaan aplikasi MySejahtera bagi tempoh dua minggu.



Sementara itu, ibu dan anak perempuan yang terpisah sejak Oktober tahun lalu kembali bersatu dalam suasana pilu sebaik sahaja pintu masuk negara dibuka pagi semalam.



Cik Noorasyikin Bunnawi, 31 tahun, yang bersama ibunya, Cik Siti Zubaidah Abdullah, 62 tahun, selama ini tinggal bersama kakaknya di Jitra, Kedah, selepas bapanya meninggal dunia beberapa tahun lalu di kampung di Trang, Thailand, tahun lepas.



"Saya tidak menyangka dapat jumpa ibu lagi hari ini, walaupun kami tidak bertemu baru kira-kira lima bulan, tetapi perasaannya sudah terlalu lama kerana kami tidak pernah berpisah.



"Alhamdulillah, proses perjalanan pulang ibu juga dipermudah kerana ibu mempunyai dokumen lengkap dan sudah lama menetap di Malaysia," katanya ketika ditemui di pintu pagar sempadan Malaysia-Thailand.



Sementara itu, semua masjid di Selangor dan Wilayah Persekutuan mula mengadakan solat fardu lima waktu dan solat Jumaat secara merapatkan sejadah namun tanpa sebarang sentuhan antara jemaah.



Begitu juga, semua masjid di seluruh negara melakukan perkara sama selepas ketua-ketua agama negeri bersetuju dengan kelonggaran SOP.



Di Masjid Ar Rahmah Kampung Sungai Buaya di Rawang, Selangor, kira-kira 1,000 jemaah mengerjakan solat Jumaat mengikut SOP baru; sebelum itu mereka menunaikan solat subuh mengikut SOP yang sama.



Pada 25 Mac lepas, Malaysia dan Singapura menerusi kenyataan bersama mengumumkan bersetuju membuka sepenuhnya sempadan darat bagi pengembara yang lengkap divaksinasi, mulai hari ini, selaras dengan Fasa Peralihan kepada Endemik.



Selain itu, juga membenarkan pengembara yang lengkap divaksinasi, merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau menjalani ujian Covid-19, termasuk ujian prapelepasan dan semasa ketibaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >