SEPANG: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) diisytiharkan sebagai zon selamat selepas polis, Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat melakukan pemeriksaan secara menyeluruh.
Pemeriksaan dibuat selepas analisis Jabatan Kimia mendapati bahawa agen saraf VX telah digunakan untuk membunuh Encik Kim Jong-Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un, di KLIA2 pada 13 Februari lalu.