Pembunuhan pegawai polis Turkey didakwa satu tindakan balas dendam

ANKARA: Militan Kurdi mendakwa pembunuhan dua pegawai polis Turkey sebagai membalas dendam selepas sekurang-kurangnya 30 orang maut dalam serangan nekad di bandar Suruc yang dilakukan militan Negara Islam (IS).

Serangan oleh militan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) di bandar Ceylanpinar itu meningkatkan kebimbangan bahawa pertempuran di Syria antara puak Kurdi dengan militan IS kini beralih ke wilayah Turkey.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan

Galeri Foto