Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemergian ibu akibat barah buah dada dorong Cef Wan sertai kempen lawan penyakit

Kempen ‘Pink October’ M’sia bertujuan pertingkat kesedaran tentang barah buah dada, jana dana bagi penyelidikan barah
Sep 30, 2023 | 01:52 PM



KUALA LUMPUR: Kehilangan ibunya akibat barah buah dada membuka mata cef selebriti Datuk Redzuawan Ismail, yang lebih dikenali sebagai Cef Wan, untuk menggalak semua pihak bersatu memerangi barah.


Cef Wan, 65 tahun, menerusi Chef Wan Group of Restaurants (CWGR), menyertai pelancaran kempen ‘Pink October’ yang bermatlamat meningkatkan kesedaran mengenai barah buah dada dan menjana dana untuk penyelidikan penyakit barah.

Penyakit barah buah dada sangat dekat dengan dirinya menyusuli kematian ibunya akibat penyakit itu, ujar beliau.

Oleh itu, beliau mendedikasikan kempen tersebut kepada ibunya, yang lebih mesra dipanggil Cik Ani.

Cef Wan, yang merupakan seorang pesakit barah limfoma, menyifatkan arwah ibunya sebagai seorang yang berani dan kuat melawan penyakit itu hingga akhir hayatnya.

“Perjuangannya melawan kanser payudara memberi kami pengajaran berharga, malah kesedaran dan pemeriksaan awal boleh menyelamatkan nyawa, termasuk mereka yang berisiko.

“Impak kisah Cik Ani sangat mendalam, menjadikan komitmen kami terhadap tujuan ini lebih peribadi. Dia tidak pernah berputus asa dan bertekad untuk melawan kanser sepanjang hayatnya. Ini memberi saya harapan dan inspirasi dalam perjuangan saya sendiri terhadap kanser.

“Namun, misi kami sebenarnya melebihi kesedaran semata-mata, disebabkan itu di CWGR, kami mengubah setiap hidangan menjadi pengalaman seperti bersama keluarga.

“Diharapkan penyertaan kami dalam kempen ini dapat menawarkan rakyat Malaysia dengan sokongan emosi, terutamanya kepada mereka yang berjuang dengan kanser dan memberi inspirasi untuk terus hidup dengan kehidupan lebih sempurna,” kata Cef Wan.

Sempena kempen ‘Pink October’, Cef Wan berkata restorannya akan memperkenal menu pencuci mulut merah jambu eksklusif sepanjang kempen itu dari 25 September hingga 31 Oktober.

“Diberi nama ‘Pinky Promise’, menu ini menampilkan tekstur yang berlemak dibuat dengan buah delima segar dan beri biru bersama dengan kuah kastard berperisa delima.

“la juga dihidangkan bersama croissant enak berlemak, ‘Croissants Go Pink’, yang boleh didapati secara eksklusif di cawangan Cafe Chef Wan.


“Malah, cawangan De.Wan 1958 dari Chef Wan dan Café Chef Wan juga akan menawarkan ‘Pink Me Up’, iaitu koktel menyegarkan yang diperbuat daripada nenas, limau merah jambu, limau nipis dan daun pudina. Sebanyak 10 peratus daripada hasil jualan pencuci mulut ini akan didermakan untuk penyelidikan kanser,” katanya.

Cef Wan menambah bahawa selain memperkenal menu baru, CWGR akan membuat jualan cenderamata seperti beg tote yang direka khas berharga RM58 ($16.85) setiap satu, dengan 50 peratus hasil jualan akan disumbangkan kepada penyelidikan kanser,” ujar beliau. – BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >