Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemerintah disingkir Myanmar alu-alu gesaan pemimpin Asean agar 'ganas tentera' dihenti

Apr 26, 2021 | 05:30 AM



YANGON: Pemerintah bayangan Myanmar terdiri daripada Ahli Parlimen disingkirkan, mengalu-alukan gesaan pemimpin Asia Tenggara yang mahu 'keganasan tentera' segera ditamatkan.



Gesaan itu dibuat selepas mesyuarat krisis antara pemimpin Asia Tenggara dengan ketua junta Min Aung Hlaing di Jakarta, Indonesia kelmarin.



Jeneral tentera itu menghadiri sidang peringkat tertinggi bersama pemimpin dari 10 negara Asean bagi membincangkan krisis yang semakin memuncak di Myanmar.



Seorang jurucakap pemerintah bayangan itu yang kebanyakannya terdiri daripada ahli parti Liga Nasional untuk Demokrasi pimpinan Cik Aung San Suu Kyi, menyambut baik gesaan supaya keganasan di Myanmar ditamatkan dan menyifatkannya sebagai berita yang menggalakkan.



Menteri Kerjasama Antarabangsa Pemerintahan Perpaduan Nasional (NUG), Dr Sasa yang kini dalam persembunyian bersama sejumlah Ahli Parlimen lain, menyifatkan gesaan itu adalah selaras hasrat NUG.



"Kami akan menunggu dengan penuh keterujaan ketibaan Setiausaha Agung (Asean)... kami mahukan tindakan tegas Asean menyusuli keputusan ini dan mengembalikan demokrasi dan kebebasan rakyat Myanmar serta rantau ini," katanya.



Ahli Parlimen daripada NUG kini dikehendaki oleh junta atas kesalahan penderhakaan peringkat tertinggi.



Sejak tentera menyingkirkan pemimpin dipilih rakyat, Cik Suu Kyi melalui kudeta 1 Februari lalu, Myanmar bergolak dengan tunjuk perasaan yang tercetus hampir setiap hari, serta boikot pekerja di semua sektor di seluruh negara bagi menuntut demokrasi dikembalikan.



Anggota keselamatan pula menggunakan peluru hidup untuk mengekang pemberontakan hingga membunuh lebih 740 individu, menurut kiraan kumpulan pemerhati tempatan Persatuan Bantuan untuk Tahanan Politik (AAPP).



Namun, pertemuan peringkat Asean itu mencapai konsensus dan kemungkinan tindakan keganasan akan dihentikan segera di Myanmar, menurut kenyataan oleh blok itu semalam.



Asean juga akan menghantar utusan khas untuk memudahkan proses mediasi antara semua pihak, dan perwakilan itu akan diberi akses untuk memasuki Myanmar.



Namun, meskipun pemimpin Asean memaklumkan mereka mendengar gesaan untuk semua tahanan politik dibebaskan, komitmen untuk membebaskan mereka tidak termasuk dalam kenyataan secara konsensus itu.



Dalam mesyuarat tersebut, negara anggota Asean membangkitkan enam perkara yang mahu dilihat di Myanmar antaranya lawatan delegasi Asean difasilitasi oleh pihak berkuasa Myanmar.



Perkara lain termasuk menghentikan tindakan kekerasan terhadap orang awam, membebaskan semua ahli politik yang ditahan dan membenarkan bantuan kemanusiaan yang dikendalikan oleh Asean dan pihak lain.



Kelmarin Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Jeneral Aung Hlaing tidak menentang lawatan delegasi Asean untuk membantu menyelesaikan krisis Myanmar.



"Pada akhir mesyuarat itu, Aung Hlaing memberi respons. Beliau kata mendengar kami dan akan mengambil maklum mengenai perkara dikemukakan itu.



"Beliau tidak menentang Asean memainkan peranan konstruktif mahupun menentang lawatan delegasi ASEAN dan bantuan kemanusiaan.



"Mereka akan bergerak ke hadapan dan terlibat dengan Asean menerusi cara yang konstruktif," kata Encik Lee kelmarin. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >