Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemerintah Indonesia akan bincang konsert Coldplay dengan ulama: Menteri

May 23, 2023 | 5:51 PM
MAHU DAPATKAN PANDANGAN: Encik Sandiaga Uno ingin dengar pandangan ulama berhubung konsert muzik oleh kumpulan Britain Coldplay.
MAHU DAPATKAN PANDANGAN: Encik Sandiaga Uno ingin dengar pandangan ulama berhubung konsert muzik oleh kumpulan Britain Coldplay. - Foto fail

JAKARTA: Pemerintah akan membincangkan baik dan buruk membenarkan konsert muzik oleh kumpulan Britain Coldplay dengan Majlis Ulama Indonesia (MUI), kata Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Encik Sandiaga Uno.

“Kami akan mewujudkan perhubungan; kami ingin mendengar maklum balas dan cadangan. Kami memerlukan pandangan daripada ulama untuk membantu kami memastikan konsert ini berlangsung dalam koridor undang-undang,” kata Encik Sandiaga kepada wartawan di Kompleks Istana Presiden di Jakarta pada Isnin.

“Perhubungan ini juga akan diwujudkan dengan harapan dapat menyokong impian Indonesia menjadi destinasi pelancongan global dan mempromosikan produk ekonomi kreatifnya kepada dunia, tambahnya.

“Ini mesti disediakan dengan betul; semua cadangan akan disimpan,” kata menteri itu.

Menurut Encik Sandiaga, kementeriannya masih mengambil maklum dan mengira potensi nilai tambah ekonomi yang mungkin dijana daripada konsert yang dijadualkan pada 15 November tahun ini di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta.

Konsert Coldplay telah disertakan antara 3,000 acara di Indonesia pada 2023 yang dijangka menjana pendapatan Rp162 trilion ($14.83 bilion) dan menyokong usaha mencapai sasaran nasional mewujudkan 4.4 juta pekerjaan, katanya.

“Saya yakin ia (sasaran) akan tercapai,” tambahnya.

Baru-baru ini, beberapa kumpulan telah memberi amaran bahawa mereka akan mengepung Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta jika konsert itu diadakan.

Berhubung perkara itu, Encik Sandiaga berkata beliau akan membiarkan kementerian dan agensi berkaitan mengendalikannya.

“Itu akan dikendalikan oleh kementerian dan agensi berkaitan,” katanya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg