Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemilik FB tutup akaun kumpulan antivaksin AS

Aug 20, 2022 | 05:30 AM



SAN FRANCISCO: Pemilik Facebook, Meta, berkata ia telah menutup akaun salah satu kumpulan antivaksinasi Amerika Syarikat yang paling berpengaruh daripada rangkaian media sosial kerana menyebarkan maklumat salah mengenai Covid-19.



Pertahanan Kesihatan Kanak-kanak (CHD), yang selama ini mengkritik vaksin Covid-19, segera menuduh Meta menyekat hak kebebasan bersuaranya.



"Tindakan Facebook menunjukkan usaha untuk menutup semua kritikan terhadap dasar pemerintah yang zalim,'' kata pengasas CHD, Encik Robert Kennedy Jr, anak saudara kepada mendiang presiden John F. Kennedy, dalam satu kenyataan akhbar.



Jurucakap Meta, Encik Aaron Simpson, memberitahu agensi berita AFP bahawa akaun kumpulan itu di Facebook dan Instagram telah ditutup kelmarin. Larangan itu dibuat selepas berulang kali melanggar peraturan salah maklumat Meta.



CHD berkata akaun media sosialnya yang diikuti oleh ratusan ribu orang mendakwa tindakan Meta itu mengejutkan.



Dalam satu kenyataan, kumpulan itu berkongsi tangkapan skrin yang menunjukkan mesej yang menyatakan akaunnya telah digantung kerana melanggar dasar Meta mengenai "maklumat salah yang boleh membawa kepada bahaya dunia sebenar".



CHD menegaskan bahawa larangan itu boleh dikaitkan dengan tuntutan yang difailkan di mahkamah terhadap Meta yang menuduh gergasi teknologi itu melanggar hak kebebasan bersuara dengan bergantung pada Pusat Kawalan Penyakit Amerika berhubung maklumat Covid-19 yang disokong secara saintifik. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >