Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemimpin baru Kemboja dan Menteri Luar China ikrar pererat hubungan

Aug 14, 2023 | 02:31 PM



PHNOM PENH: Bakal perdana menteri Kemboja, Encik Hun Manet, berkata beliau bertemu dengan menteri luar China, Encik Wang Yi, di ibu negara Phnom Penh pada Ahad dan mereka berikrar meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara.


Encik Wang tiba di Kemboja pada hari Sabtu, pegawai China pertama yang melawat Kemboja sejak Encik Hun Manet dilantik sebagai perdana menteri pada Isnin, sebagai sebahagian daripada lawatan tiga hari ke Asia Tenggara.

Diplomat tertinggi Beijing itu turut melawat Singapura dan Malaysia, selepas ketegangan memuncak dengan Filipina berhubung isu Laut China Selatan.

Encik Wang bertemu dengan Encik Hun Sen yang akan melepaskan jawatan kepimpinannya; anak lelaki beliau, Encik Hun Manet; dan beberapa pegawai Kemboja yang lain.

Encik Hun Manet dilantik oleh Raja Kemboja, tetapi beliau dan kabinetnya masih harus memenangi undi pada 22 Ogos di parlimen, yang dikuasai oleh parti pimpinan bapanya, Parti Rakyat Kemboja (CPP) di dewan rakyat itu.

Encik Hun Manet menyatakan dalam halaman Telegramnya, bahawa beliau dan Encik Wang “berikrar meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara”.

Beliau juga menegaskan dalam catatan Facebook “kedudukan tidak berubah” kerajaannya terhadap dasar Satu-China dan berjanji tidak campur tangan dalam hal ehwal negara China.

Encik Hun Manet dijadualkan melawat China pada September dan Oktober.

Encik Wang juga bertemu rakan sejawatannya dari Kemboja dan mengesahkan “komitmen tidak berbelah bahagi” Beijing untuk menghormati kedaulatan Kemboja dan menyampaikan sokongan Beijing terhadap kerajaan itu, menurut kenyataan kementerian luar Kemboja.

Lawatan beliau itu dibuat sedang berlaku pergeseran diplomatik antara Beijing dan Manila berhubung tuntutan mereka ke atas Laut China Selatan.

China tegas mengatakan sebuah kapal tentera laut Filipina yang terkandas di terumbu di Kepulauan Spratly, segera dipindahkan dari perairan yang menjadi pertikaian hangat antara mereka, selepas Filipina menuduh Pengawal Pantai China menembak meriam air ke atas bot itu yang dalam misi menyediakan bekalan semula, hujung minggu lalu.

Kemboja, Singapura, Malaysia dan Filipina semuanya merupakan anggota Asean, sedang berbincang dengan China mengenai tata laku di Laut China Selatan, yang didakwa Beijing miliknya hampir keseluruhan.

Phnom Penh adalah salah sebuah negara sekutu terkuat China di rantau ini di bawah pemerintahan Encik Hun Sen, yang telah berkuasa selama hampir empat dekad, dan menerima sejumlah besar pelaburan China. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >