Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SIDANG PUNCAK G20

Pemimpin dunia mesti kerjasama henti perang, tangani perbezaan: Jokowi

Nov 16, 2022 | 05:30 AM



PRESIDEN Indonesia, Encik Joko 'Jokowi' Widodo menggalak para pemimpin dunia untuk bekerja sama untuk menghentikan perang dan menjadi jambatan bagi menangani perbezaan yang menyebabkan kenaikan harga makanan dan bekalan tenaga di peringkat sejagat.



Walaupun tidak menjelaskan perang yang berlaku itu, beliau merujuk kepada pencerobohan Russia ke atas Ukraine yang menyebabkan inflasi meningkat.



Berucap di pembukaan Sidang Puncak Kumpulan 20 (G20) di Nusa Dua, Bali semalam, beliau berkata para pemimpin negara-negara besar itu harus menjadi pemangkin bagi mencapai pemulihan ekonomi yang inklusif.



Encik Jokowi, yang bercakap di hari pertama sidang itu selaku kapasiti Indonesia sebagai Presiden G20 tahun ini, menyatakan dunia sedang 'menghadapi cabaran luar biasa'.



"Kita tidak punya pilihan lain, kolaborasi sangat diperlukan untuk menyelamatkan dunia. Kita semua memiliki tanggungjawab, bukan hanya untuk rakyat tapi juga penduduk dunia," ujarnya.



Beliau menambah sikap bertanggungjawab bermakna perang harus berakhir.



"Jika perang tidak berakhir, dunia sulit bergerak maju. Jika perang tidak berakhir, akan sulit bagi kita untuk bertanggungjawab atas masa depan generasi sekarang dan generasi mendatang," kata Presiden Jokowi, sambil menambah dunia tidak boleh terjerumus dalam satu perang dingin.



Sidang Puncak G20 itu, yang berlangsung semalam dan hari ini, dihadiri 20 pemimpin dunia negara-negara terbesar dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden; Menteri Luar Russia, Encik Sergei Lavrov yang menggantikan Encik Vladimar Putin; dan Presiden China, Encik Xi Jinping.



Perang antara Russia dengan Ukraine, yang berlaku sejak Februari lalu, memburukkan keadaan selepas pandemik Covid-19 berlaku.



Harga makanan yang tinggi boleh menyebabkan krisis kekurangan makanan.



Kurangnya baja boleh menyebabkan kegagalan pertanian dalam banyak tempat di dunia, kata Encik Jokowi, sambil menambah paradigma perbincangan 'amat diperlukan' bagi menyelamatkan dunia.



"Jika langkah segera tidak diambil bagi memastikan baja yang cukup pada harga dimampui, 2023 akan menjadi tahun yang sukar. Harga makanan tinggi ketika ini akan bertambah buruk dan menjadi krisis bekalan makanan," jelasnya.



Dalam keadaan sukar, G20, tegas Encik Jokowi, harus terus bekerjasama untuk menghasilkan 'pencapaian konkrit, menyediakan dana untuk menangani pandemik hadapan melalui dana pandemik, dan membantu ruang fiskal negara berpendapatan rendah'.



Kumpulan G20 yang juga meliputi negara seperti India, Arab Saudi dan Jerman, menyumbang lebih 80 peratus dari Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) dan 75 peratus dagangan antarabangsa.



Singapura bukan anggota G20 tetapi Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong hadir setelah diundang ke sidang itu oleh Presiden Jokowi.



Semalam, Encik Lee juga memberikan ucapan di sesi kerja mengenai keselamatan makanan dan tenaga.



Sementara itu, Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky yang berucap melalui video kepada para pemimpin dunia G20, menyeru agar perang Russia untuk berakhir segera bagi menyelamatkan ribuan nyawa.



"Saya yakin sekarang masanya bagi perang yang menghancurkan oleh Russia perlu dan harus dihentikan," katanya, sambil mengkritik ancaman penggunaan senjata nuklear oleh Russia.



Sementara itu, para diplomat G20 bersetuju untuk satu usulan kenyataan G20 bagi para pemimpin mereka yang bertemu semalam bagi memulakan perbincangan dalam usaha menangani perbezaan bagi mengkritik Russia di atas perang di Ukraine.



Jika para pemimpin menandatangani kenyataan itu, ia akan mengelak dari menjadi Sidang Puncak G20 pertama yang berakhir tanya kenyataan bersama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >