Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemimpin Pakatan Harapan sokong Mahathir

Feb 24, 2020 | 07:24 PM



KUALA LUMPUR: Pemimpin dari perikatan Pakatan Harapan Malaysia (PH) telah menyuarakan sokongan terhadap Perdana Menteri Mahathir Mohamad, yang mereka katakan tidak terlibat dalam komplot untuk membentuk perikatan baru dengan parti pembangkang Umno dan Parti Islam SeMalaysia (PAS).


Menteri Kewangan Lim Guan Eng, yang merupakan setiausaha agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), berkata pada Isnin (24 Februari) bahawa langkah membentuk kerajaan perpaduan dengan parti pembangkang adalah "pengkhianatan beberapa pemimpin PH", dan menamakan bekas timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali sebagai salah seorang daripada mereka yang berada di sebalik rancangan itu.


Beliau berkata Dr Mahathir telah meletak jawatan sebagai perdana menteri pada petang Isnin pada prinsipnya, setelah enggan berkerjasama dengan Umno, lapor The Straits Times.


"Ini adalah seorang PM yang berprinsip. Kami rasa beliau harus dibenarkan untuk breterusan dan dibenarkan untuk menyelesaikan apa yang beliau mahu lakukan," kata Encik Lim kepada wartawan.


Perikatan PH hilang majoriti di Parlimen pada Isnin (24 Februari) selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir, yang mempunyai 26 penggubal undang-undang, meninggalkan pakatan itu dan 11 ahli parlimen PKR yang diketuai Datuk Seri Azmin keluar dari parti itu.


Encik Lim berkata DAP akan mengusulkan di mesyuarat majlis presiden PH tergempar pada Isnin agar Dr Mahathir mengekalkan kedudukannya sebagai perdana menteri.

"Beliau (Dr Mahathir) tidak mahu bekerjasama dengan Umno tetapi Bersatu merasakan sebaliknya," tambah Encik Lim, merujuk kepada parti Dr Mahathir.


"Masalahnya terletak bukan sahaja dengan Bersatu tetapi dengan mereka yang dari PKR yang kini diusir, yang mahu bekerjasama dengan Umno dan parti pembangkang lain untuk membentuk kerajaan pintu belakang," kata Encik Lim.


Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyuarakan sokongannya terhadap Perdana Menteri berusia 94 tahun itu untuk kekal sebagai pemimpin negara.


"Pengkhianatan ini boleh ditangani bersama, tetapi sudah tentu, beliau berfikiran berbeza. Beliau rasa beliau tidak patut diperlakukan dengan cara itu, untuk dikaitkan sebagai bekerja dengan mereka yang benar-benar korup," kata Datuk Anwar.


Pemimpin lain dari Amanah dan dari sekutu PH Parti Warisan Sabah turut menyokong Dr Mahathir untuk terus menjadi perdana menteri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >