Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TIMUR TENGAH

Pemimpin tertinggi Iran kutuk keras perbuatan racun gadis dek pendidikan

Mar 08, 2023 | 05:30 AM



DUBAI: Pemimpin tertinggi Iran berkata pada Isnin lalu, bahawa perbuatan meracuni gadis sekolah adalah jenayah yang tidak boleh dimaafkan dan harus dihukum mati sekiranya disengajakan, menurut laporan TV pemerintah.



Kejadian itu telah menimbulkan kemarahan besar dalam kalangan masyarakat.



Lebih 1,000 gadis telah jatuh sakit selepas diracuni sejak November 2022, menurut laporan media pemerintah, dengan beberapa ahli politik menyalahkan kumpulan agama yang menentang langkah memberi pendidikan kepada anak gadis.



Perbuatan meracun itu berlaku ketika para pemimpin agama di Iran sedang menghadapi bantahan sejak beberapa bulan, selepas kematian seorang wanita muda dalam tahanan polis kerana dikatakan melanggar peraturan memakai hijab.



"Pihak berkuasa harus serius menangani isu meracun para pelajar ini," kata Ayatollah Ali Khamenei, yang dipetik sebagai berkata demikian melalui televisyen pemerintah.



"Jika terbukti perbuatan itu disengajakan, mereka yang melakukan jenayah ini tidak boleh dimaafkan dan harus dikenakan hukuman maksimum."



Perbuatan meracun itu mula pada November 2022, di kota suci penganut Shiah, di Qom dan kemudian menular hingga ke 25 wilayah daripada 31 buah wilayah di Iran.



Insiden itu mencetuskan tindakan para ibu bapa mengeluarkan anak-anak mereka dari sekolah dan kemudian mengadakan tindakan bantahan.



Pihak berkuasa menuduh "musuh" Republik Islam itu melakukan serangan bagi memburukkan imej pentadbiran pemimpin agama.



Tetapi kecurigaan itu ditumpukan kepada kumpulan tegar yang beroperasi sebagai penegak hukum Islam.



Di Washington, setiausaha akhbar bagi Presiden Joe Biden, pada Isnin lalu, menyifatkan perbuatan meracun itu sebagai sesuatu yang amat memalukan.



"Kemungkinan gadis-gadis di Iran itu diracuni, hanya kerana mereka ingin mendapatkan pendidikan, adalah perbuatan yang memalukan, tidak boleh diterima," kata Cik Karine Jean-Pierre, dalam satu taklimat akhbar.



Rumah Putih menyeru agar diadakan siasatan bebas bagi menentukan sama ada kejadian itu ada kaitan dengan bantahan, selaras dengan misi tugas Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) bagi Iran.



Pada 2014, rakyat Iran mengadakan tunjuk perasaan di Isfahan, selepas berlakunya beberapa serangan asid, yang dikatakan disasarkan ke atas wanita yang melanggar peraturan pakaian bagi wanita Islam.



Buat pertama kalinya sejak Revolusi Islam 1979, para pelajar perempuan ikut serta dalam tunjuk perasaan secara meluas, selepas kematian seorang wanita, Cik Mahsa Amini, semasa dalam tahanan polis pengawas moral.



Beberapa aktivis menuduh pihak berkuasa mengatur perbuatan meracun itu sebagai tindak balas mereka.



"Sekarang gadis-gadis di Iran menerima padahnya, kerana menentang peraturan mewajibkan pemakaian hijab dengan meracuni mereka," kata seorang pemimpin agama yang berpangkalan di New York.



Bimbang akan tercetusnya lebih banyak bantahan, pihak berkuasa tidak mahu membesarkan isu keracunan itu.



Satu siasatan kehakiman sedang dijalankan, walaupun tidak ada butir mengenai hasil siasatan itu, yang diumumkan sejauh ini.



Sekurang-kurangnya sebuah sekolah kanak-kanak lelaki turut menjadi sasaran, di bandar Borujerd, lapor media pemerintah itu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >