Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pence ambil haluan lain, akan hadir majlis Biden

Jan 11, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat, Encik Mike Pence, akan menghadiri upacara pelantikan Presiden Amerika Syarikat Dipilih, Encik Joe Biden, dan Naib Presiden Dipilih, Cik Kamala Harris, lantas tidak sehaluan dengan Presiden Donald Trump yang tidak akan hadir dalam majlis itu.



Encik Pence merancang hadir dalam acara pada 20 Januari ini, jelas dua sumber yang tahu akan rancangan beliau tetapi enggan dikenal pasti sebagai pihak yang membincangkan isu yang sudah lama dipertimbangkan itu.



Encik Trump, dalam pesanan Twitter terakhirnya, sebelum akaunnya digantung Jumaat lalu, berkata beliau "tidak akan hadir".



Rabu lalu, Encik Pence menentang desakan Encik Trump bagi mengubah keputusan pilihan raya di negara itu.



Sewaktu mesyuarat itu diadakan, kumpulan penyokong Encik Trump menyerang Capitol Hill, menjejas keselamatan di situ dengan mencetuskan rusuhan sehingga penggubal dasar dan orang lain di bangunan itu terpaksa keluar.



Lima orang terbunuh dalam rusuhan tersebut, termasuk seorang pegawai polis.



Pada Jumaat lalu, Encik Biden, yang ditemui wartawan, berkata beliau bersetuju Encik Trump tidak perlu hadir dalam majlis pelantikannya tetapi kehadiran Encik Pence "amat dialu-alukan".



Kata Encik Biden lagi, beliau berbesar hati dan terharu jika Encik Pence hadir.



Sementara itu, ejen federal memberkas dua lagi perusuh Capitol Hill yang wajahnya tular di media sosial.



Salah seorang daripada mereka, Adam Christian Johnson, kelihatan tersenyum dan melambaikan tangannya sedang dia melarikan mimbar Speaker Dewan Perwakilan, Cik Nancy Pelosi.



Penduduk Parrish di Florida itu juga menstrim secara langsung video di Facebook yang menunjukkan dirinya sedang berjalan di beberapa dewan Capitol Hill, jelas akhbar Tampa Bay Times.



Video itu sudah diturunkan daripada platform dalam talian.



Seorang lagi perusuh, Jacob Anthony Chansley, yang memakai aksesori topi berbulu dan bertanduk dan mengecat mukanya dengan motif tombak dan bendera Amerika pula menyerah diri kepada polis.



Dikenali dengan panggilan Jake Angeli, dia menghubungi pejabat FBI di Washington dan secara sukarela menjelaskan kedudukannya.



Pada Jumaat, seramai 55 individu yang disyaki terlibat dalam rusuhan Capitol Hill telah didakwa dengan pelbagai kesalahan, termasuk tuduhan pecah masuk, serangan, pencurian dan memiliki senjata secara tidak sah.



Senator Mark Warner daripada Parti Demokrat, yang bakal mempengerusikan Jawatankuasa Risikan Senat, menulis kepada ketua eksekutif di 11 syarikat penyedia khidmat telefon bimbit dan syarikat media sosial, meminta mereka mengekalkan kandungan dan metadata berkaitan dengan rusuhan itu. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >