Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pendakwa tuntut 30 tahun penjara ketua ajaran sesat Korea atas serangan seksual

Nov 22, 2023 | 03:00 PM



SEOUL: Pendakwa raya Korea Selatan menuntut hukuman penjara 30 tahun ke atas Jeong Myeong-seok, ketua organisasi agama Jesus Morning Star (JMS) yang bergelumang dengan skandal.


Agensi berita Yonhap melaporkan pada Selasa, Jeong telah dituduh merogol dan melakukan serangan seksual terhadap dua pengikut wanita JMS beberapa kali antara Februari 2018 dengan September 2021, dan mencabul seorang lagi pengikut wanitanya di Korea Selatan.


Semasa perbicaraan mahkamah, pihak pendakwa juga meminta Jeong menjalani program terapi seksual selama 500 jam, dan untuk dia memakai alat jejak pada buku lalinya selama 20 tahun.

Jeong dibebaskan dari penjara pada 2018 selepas menjalani hukuman penjara 10 tahun kerana merogol pengikut JMS dan menggelapkan dana kumpulan itu.

Lebih banyak dakwaan serangan seksual dikenakan terhadap Jeong selepas dibebaskan, termasuk yang ditunjukkan dalam siri dokumentari Netflix bertajuk, In The Name of God: A Holy Betrayal, yang ditayangkan pada Mac.


Siri dokumentari itu menampilkan empat pemimpin kultus Korea Selatan termasuk Jeong dan menceritakan pengalaman bekas pengikut organisasi keagamaan tersebut.

Enam wanita telah menuduh seorang pengasas ketua kumpulan agama Korea Selatan itu melakukan penderaan seksual.

Lebih ramai dijangka menyusul seiring kesedaran tentang perbuatan salahnya semakin meningkat selepas penerbitan dokumentari Netflix itu.

Siri lapan bahagian bertajuk, In The Name Of God: A Holy Betrayal, itu mendedahkan tingkah laku kontroversi empat pemimpin kultus yang mendakwa sebagai ‘nabi’ dan sisi gelap kepercayaan yang tidak dipersoalkan. Ia mula disiarkan pada 3 Mac.


Paling mengejutkan ialah kisah bagaimana pengasas JMS, Jeong, mencabul pengikut wanitanya dengan mangsa berkongsi bagaimana mereka didera secara seksual selepas menyertai apa yang mereka anggap sebagai gereja yang sah.

Jeong, 78 tahun, ditahan dan menjalani perbicaraan di bandar Daejeon atas dakwaan melakukan serangan seksual terhadap dua pengikut asing – seorang wanita berusia 29 tahun dari Hong Kong dan seorang wanita berusia 31 tahun dari Australia.

Dia ditahan pada Oktober 2022 selepas menamatkan hukuman penjara 10 tahun pada Februari 2018 kerana merogol pengikutnya.

Penderaan seksual terhadap Cik Maple Yip dari Hong Kong itu dikatakan bermula sejurus selepas dibebaskan dari penjara dan berterusan sehingga September 2021.

Memandangkan kemarahan orang ramai terhadap tindakannya yang enggan berubah, pihak pendakwa raya telah memperluaskan siasatan mereka terhadap kes itu termasuk menyerbu kemudahan kumpulan agama tersebut dan menyoal anggota JMS yang disyaki bersubahat dengan jenayah Jeong, lapor media tempatan.

Sekurang-kurangnya enam wanita tampil antara Disember 2022 dengan 13 April 2023 untuk menuduh Jeong melakukan serangan seksual.

Seorang peguam bagi mangsa memberitahu media tempatan bahawa wanita itu, termasuk warga asing, kebanyakannya berusia 20-an dan 30-an, dan mereka diserang secara seksual antara 2018 dengan 2019 di ibu pejabat JMS di daerah Geumsan, di wilayah barat daya Chungcheong, sebuah tempat yang dianggap suci oleh pengikutnya.

Dia dikatakan telah mempengaruhi pengikut wanita untuk melakukan hubungan seks dengannya melalui konsep “keselamatan seksual”.

Dia sering bercakap tentang “matlamat utamanya untuk menjadikan 10,000 orang menjadi pencinta syurga, melalui keselamatan seksual”, menurut profesor matematik, Encik Kim Do-hyeong dari Universiti Dankook, seorang aktivis yang telah berkempen menentang JMS selama lebih 30 tahun.


“Dia pasti melebihi matlamatnya untuk menyerang 10,000 orang secara seksual,” katanya di radio pada 14 Mac.


Profesor Kim menambah bahawa adalah mustahil bagi pihak ketiga untuk mengetahui penderaan seksual itu kerana ia dilakukan secara rahsia. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >