Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penduduk Aceh tolak lagi pelarian Rohingya

Dec 12, 2023 | 01:35 PM



PIDIE (Aceh): Pelarian Rohingya dari Myanmar menghadapi gelombang permusuhan dan penolakan di Indonesia, di mana masyarakat serantau berkata mereka sudah muak dengan lonjakan bilangan bot yang membawa etnik minoriti yang teraniaya itu, ke pantai mereka.


Lebih 1,200 Rohingya telah mendarat di Indonesia sejak November, menurut data daripada agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), dengan sekurang-kurangnya 300 lagi tiba hujung minggu lalu.

“Masih ramai orang miskin di sini,” kata Cik Ella Saptia, 27 tahun, penduduk Pidie di wilayah Aceh, di mana orang ramai bersimpati dengan lelaki, wanita dan kanak-kanak dalam kalangan pelarian Rohingya yang dibawa dengan bot usang selama bertahun-tahun.

“Kenapa kita perlu menjaga ribuan Rohingya yang menimbulkan banyak masalah?” tambahnya.

“Mereka mempunyai pengaruh buruk. Sesetengah daripada mereka melarikan diri, dan terlibat dalam hubungan seks di luar perkahwinan dan dadah,” katanya lagi dipetik agensi berita Reuters.


Jurucakap pemerintah Aceh tidak segera menjawab permintaan untuk mengulas. Minggu lalu, penunjuk perasaan di pulau Sabang di Aceh mengalihkan khemah yang didirikan sebagai tempat perlindungan sementara bagi Rohingya.

Rakaman yang disiarkan di televisyen tempatan menunjukkan aksi tersebut dan orang awam juga mengancam untuk menolak bot mereka kembali ke laut.

Babar Baloch, jurucakap Asia untuk UNHCR, berkata agensi itu “khuatir” dengan laporan itu, yang boleh membahayakan nyawa penumpang kapal berkenaan.

Ketibaan pelarian itu nampaknya bertambah antara November dan April, apabila keadaan laut lebih tenang, dengan Rohingya menaiki bot ke negara jiran Thailand dan Indonesia serta Malaysia, yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Kira-kira 135 pendatang Rohingya hujung minggu lalu telah dipindahkan ke pejabat gabenor wilayah, selepas masyarakat di daerah Aceh Besar menolak mereka, kata media.

Tidak jelas apa yang telah mencetuskan tindak balas, yang turut dipaparkan di media sosial.

“Saya tidak mahu membayar cukai jika ia digunakan untuk Rohingya,” kata seorang pengguna, di platform sosial X, yang dahulunya dipanggil Twitter. Seorang lagi menyifatkan pelarian Rohingya itu sebagai “parasit”.

Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo atau lebih dikenali Jokowi, pada 11 Disember memaklumkan pemerintah sedang memberi penempatan sementara kepada pelarian Rohingya yang memasuki wilayah Indonesia, lapor agensi berita Antara.


Katanya, pemerintah sedang membincangkan penyelesaian untuk menangani masalah pelarian terbabit dengan pertubuhan antarabangsa yang berkaitan termasuk Pesuruhjaya Tinggi UNHCR.

Selama bertahun-tahun, Rohingya telah meninggalkan Myanmar yang majoritinya beragama Buddha, di mana mereka secara umumnya dianggap sebagai penceroboh asing dari Asia Selatan, dan mereka dinafikan hak kewarganegaraan dan didera.- Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >