Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penduduk Gaza larikan diri ke kawasan yang sudah sesak

Dec 6, 2023 | 4:00 PM
KE MANA LAGI?: Warga Palestin berjalan untuk mencari tempat perlindungan di  kawasan runtuhan bangunan akibat pengeboman tentera Israel di Deir Al Balah, selatan Gaza, pada 5 Disember.
KE MANA LAGI?: Warga Palestin berjalan untuk mencari tempat perlindungan di kawasan runtuhan bangunan akibat pengeboman tentera Israel di Deir Al Balah, selatan Gaza, pada 5 Disember. - Foto EPA-EFE

KHAN YOUNIS (Gaza): Bimbang terbunuh dalam pengeboman Israel, keluarga di Gaza berkemas dan melarikan diri pada 5 Disember ke kawasan lebih jauh ke selatan yang sudah sesak dengan penduduk yang berpindah tanpa makanan, air atau tandas yang mencukupi.

Ada yang melarikan diri buat kali ketiga atau keempat dalam masa kurang dua bulan perang antara Israel dengan Palestin berlangsung.

Sebahagian besar daripada 2.3 juta penduduk Jaluran Gaza telah kehilangan tempat tinggal akibat perang dan fasa baru pemindahan sejak gencatan senjata selama seminggu berakhir pada 1 Disember, yang memburukkan lagi masalah kemanusiaan yang bertukar menjadi bencana.

Di Khan Younis, selatan Gaza, tempat Israel melancarkan serangan terbaru, rakyat Palestin yang telah mendapatkan perlindungan dengan berkhemah di kawasan Hospital Nasser di bandar itu, dilihat sibuk menggulung khemah dan memuatkannya ke dalam kereta atau kereta keldai yang sarat dengan timbunan tikar dan selimut.

“Kami bersiap sedia untuk meninggalkan Khan Younis, menuju ke Rafah. Kami telah berada di sini selama kira-kira 50 hari,” kata Encik Abu Omar, 50-an tahun, yang berkhemah bersama keluarganya di kawasan hospital itu.

Rafah, yang bersempadan dengan Mesir, adalah salah satu kawasan terakhir yang masih tinggal. Tentera Israel berkata orang awam boleh pergi ke sana untuk melarikan diri daripada pertempuran.

“Tiada tempat selamat... tetapi pada akhirnya, kami menuju ke mana sahaja yang kami fikir mungkin selamat,” kata Encik Abu Omar sambil melihat bumbung keretanya yang bertimbun dengan barang-barang keperluan hariannya.

“Tidak ada bilik air. Kami tidak boleh mandi jika mahu solat. Tiada juga tempat untuk kami basuh pakaian. Malah tidak ada tempat untuk kami buat dan bakar roti,” kata Cik Enas Mosleh, yang berteduh bersama anak-anaknya di tempat perlindungan yang diperbuat daripada kayu dan kepingan plastik lutsinar di Rafah.

“Kami menghabiskan sepanjang malam mendengar roket dan bom. Kehidupan kami antara hidup dan mati. Kami mungkin mati pada bila-bila masa,” katanya sambil menangis terisak-isak. – Reuters.

“Tidak ada bilik air. Kami tidak boleh mandi jika mahu solat. Tiada juga tempat untuk kami basuh pakaian. Malah tidak ada tempat untuk kami buat dan bakar roti... Kehidupan kami antara hidup dan mati. Kami mungkin mati pada bila-bila masa. ” 
Cik Enas Mosleh.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg