Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penduduk Gaza tidak tahu ke mana lagi hendak dituju

Dec 05, 2023 | 02:12 PM



KHAN YOUNIS (Gaza): Para penduduk Palestin kini dicerut kebingungan dan keresahan – tidak tahu ke mana kaki mereka harus melangkah untuk meneruskan kehidupan.


Mereka semakin sukar mencari tempat perlindungan yang selamat kerana utara Gaza telah musnah dan bahagian selatan pula kini menjadi sasaran pengeboman dan serangan darat tentera Israel.

Cik Lubna al-Rayess dan keluarganya telah melarikan diri untuk menyelamatkan diri sebanyak dua kali dalam masa kurang dua bulan, pertama ke kawasan kejiranan lain di Bandar Gaza dan kemudian ke Khan Younis, bandar terbesar di selatan Gaza.

Kini, dengan pengedaran risalah tentera Israel yang menggesa, mereka berpindah lagi ke tempat lain untuk selamat daripada bahaya serangan ofensif yang sedang dijalankan.

Tetapi, beliau berdepan dengan soalan yang amat mendesak: “Ke mana kami boleh pergi sekarang?”

Cik Lubna, seorang pengetua sekolah berusia 42 tahun yang hamil lapan bulan, berkata pengeboman di sekitar Khan Younis “tidak henti-henti sejak gencatan senjata berakhir” pada 1 Disember.

Menurut beliau, hasrat untuk melarikan diri sekali lagi dari Khan Younis menyelinap hatinya, tetapi risalah arahan berpindah yang dikeluarkan tentera Israel di bandar pada 4 Disember memaksa beliau dan jiran-jiran segera berpindah ke kawasan lain.

Amaran itu – sama seperti yang berlaku sebelum serangan darat di utara Gaza – datang ketika serangan dilaporkan sekali lagi di seluruh kawasan selatan yang menyebabkan mereka yang ingin berpindah tertanya-tanya di mana mereka hendak berlindung.

Gambar menunjukkan kemusnahan di Rafah, sebuah bandar di sepanjang sempadan selatan.

Imej satelit pula menunjukkan bahawa tentera Israel telah memulakan pencerobohannya di wilayah selatan.

“Mereka memberitahu kami untuk pergi ke Rafah, tetapi mereka tidak berhenti melakukan serangan di sana,” kata Cik Lubna sambil menambah bahawa seorang saudara yang tinggal di sana menggambarkan suasana malam begitu seram ketika tentera Israel melakukan serangan udara di Rafah.

Walaupun begitu, ramai penduduk Gaza, yang takut akan kehilangan nyawa dan tidak pasti ke mana lagi hendak pergi, mengikut arahan Israel supaya menuju ke Rafah dengan ramai daripada mereka berjalan kaki ke sana.

Encik Thomas White, pengarah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin di Gaza, menulis di platform media sosial X bahawa jalan menuju ke Rafah “sesak dengan kereta dan kereta keldai yang sarat membawa barangan”.

Mereka melarikan diri selepas mendengar bunyi serangan udara tentera Israel, tambahnya.

Jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel Avichay Adraee, berkata pada 4 Disember bahawa penduduk di bahagian selatan Gaza tidak akan dapat bergerak di sepanjang Jalan Salah al-Din, lebuh raya utama utara-selatan, yang disebutnya sebagai “sebuah medan perang”.

Beliau menambah orang awam sebaliknya dibenarkan bergerak di sepanjang jalan pintasan barat Khan Younis dan menuju ke kem di tengah Gaza, termasuk di luar Deir al Balah.

Tetapi Cik Rajaa Nassar, yang berlindung bersama 40 ahli keluarga lain berhampiran Jalan Salah al-Din di Deir al Balah, melaporkan bahawa beliau mendengar bunyi bedilan “sangat dekat” dan menyebabkan mereka tidak bergerak lebih jauh ke selatan.

​“Tidak ada cara untuk sampai ke Khan Younis dan Rafah,” kata Cik Rajaa.

Manakala Cik Lubna pula pada mulanya meninggalkan rumahnya untuk menyertai ibu bapanya di kawasan kejiranan lain di Bandar Gaza, sebelum mereka semua berpindah ke selatan.

Ibu bapanya menuju ke Al Qarara, sebuah bandar di utara Khan Younis, tetapi pada 2 Disember, mereka melarikan diri semula, selepas tentera Israel mengarahkan penduduk zon mereka untuk berpindah.

Beliau berkata ibu bapanya keliru dengan pengumuman pemindahan Israel dan tidak pasti ke mana mereka harus tuju. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >