JAKARTA: Penduduk bermain sembunyi-sembunyi dengan pegawai penguatkuasaan undang-undang sedang mereka berkeras untuk pulang ke rumah walaupun pemerintah melarang mudik Aidilfitri tahun ini.
Penduduk di serata Jawa telah cuba mengelak polis di pusat pemeriksaan dengan bersembunyi di dalam kontena trak atau ruang bagasi bas, mengelak jalan tol dengan sekuriti ketat dan berbaring di bawah tempat duduk penumpang untuk mengelak pemantauan.
Ketua operasi kor trafik Polis Nasional, Komander Kanan Benyamin, berkata penduduk telah menggunakan kontena di belakang trak untuk membawa diri mereka dan kenderaan mereka, kerana mereka tahu pegawai mengutamakan pemantauan kenderaan privet, bas dan bas mini.
"Bagi trak kargo, mereka dibenarkan beroperasi supaya ekonomi dapat terus berjalan. Trak ini nampaknya digunakan untuk mengangkut pengunjung dan kereta mereka," kata Encik Benyamin pada Khamis (30 April).
Beliau berkata polis juga mengumpul maklumat bahawa beberapa agensi pelancongan telah menawarkan perkhidmatan bagi mereka yang ingin pulang ke kampung, dengan melalui jalan tikus (lorong).
"Mereka ditangkap oleh Polis Jakarta di sempadan Cikarang Barat," katanya. - THE JAKARTA POST/ASIA NEWS NETWORK


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg