JEDDAH: Pelitup pertama dilihat semasa penumpang mendaftar masuk sebelum menaiki pesawat awal pagi dari Riyadh, ibu negeri Arab Saudi, ke Jeddah, di mana gelombang jangkitan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) membuat sebahagian penduduk cemas.
Di lapangan terbang Jeddah, jemaah yang berangkat ke Makkah lengkap berpakaian ihram dengan kepala bercukur memakai pelitup.