BAITULMAKDIS/KAHIRAH: Pesawat dan kereta kebal Israel meningkatkan serangan di selatan Gaza semalaman, kata penduduk, selepas ia mengumumkan rancangan untuk menarik balik beberapa pasukan tenteranya.
Israel berkata perang di Gaza, yang telah menyebabkan sebahagian besar wilayah menjadi timbunan runtuhan, membunuh beribu-ribu dan menjerumuskan 2.3 juta penduduknya ke dalam bencana kemanusiaan.
Perang bermula apabila Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober yang telah membunuh sekitar 1,200 orang dan lagi 240 dijadikan tebusan.
Ia menandakan fasa baru dalam serangannya, dengan seorang pegawai Israel berkata pada 1 Januari bahawa tentera akan mengundurkan beberapa pasukannya di Gaza bulan ini dan beralih kepada fasa operasi selama berbulan-bulan di peringkat setempat.
Pegawai Israel berkata pengurangan tentera itu akan membolehkan beberapa anggota simpanan untuk kembali menjalani kehidupan awam, menyokong ekonomi Israel yang dilanda perang, dan membebaskan unit jika berlaku konflik yang lebih luas di utara dengan Hezbollah yang disokong Iran di Lebanon.
Seorang pegawai Amerika berkata keputusan itu nampaknya menunjukkan permulaan peralihan kepada operasi berintensiti rendah di utara wilayah Palestin. Washington telah menggesa Israel supaya mengurangkan intensiti operasi ketenteraannya, di tengah-tengah gesaan antarabangsa untuk gencatan senjata ketika jumlah kematian terus meningkat.
Tetapi penduduk berkata pesawat dan kereta kebal Israel meningkatkan pengeboman di kawasan timur dan utara Khan Younis di selatan Gaza.
Petunjuk pada tempo yang lebih rendah di utara Gaza timbul ketika Tentera Laut Amerika mengumumkan bahawa kapal pengangkut pesawat Gerald R. Ford akan kembali ke pelabuhan asalnya di Virginia selepas dikerahkan ke Mediterranean Timur berikutan tercetusnya permusuhan.
Secara kebetulan, kapal perang Alborz Iran memasuki Laut Merah, lapor agensi berita separuh rasmi Tasnim pada 1 Januari, ketika ketegangan memuncak di laluan perkapalan utama dengan serangan oleh pemberontak Houthi di Yaman yang disokong Iran.
Tembakan artileri antara Hezbollah dengan Israel telah menggegarkan sempadan sejak permulaan konflik Gaza, dengan tentera Israel berkata ia melakukan serangan udara pada 1 Januari.
Pegawai Israel itu berkata keadaan di sempadan Lebanon “tidak akan dibenarkan berterusan. Tempoh enam bulan akan datang ini adalah saat yang kritikal”.
Sebarang peningkatan baru membawa risiko perang serantau yang lebih luas.
Tentera Amerika telah pun diserang oleh kumpulan militan yang disokong Iran di Syria, Iraq dan Lebanon. – Reuters.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg