Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penduduk Palestin buang undi

Mar 28, 2022 | 05:30 AM



WILAYAH PALESTIN: Penduduk di Wilayah Palestin membuang undi kelmarin untuk majlis perbandaran di Tebing Barat yang diduduki Israel dalam satu pilihan raya demokrasi yang jarang berlaku setelah kelewatan satu setengah tahun untuk mengadakannya.



Ia merupakan fasa kedua pengundian perbandaran selepas pusingan pertama yang berlangsung Disember lalu di 154 kampung Tebing Barat. Undian kelmarin diadakan di 50 bandar dengan kawasan menang tanpa bertanding, atau tanpa sebarang calon dalam beberapa kes.



Peratusan penduduk yang keluar mengundi adalah 52.8 peratus, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat.



Penduduk, Encik Wasfi Ramhi, yang mengundi di bandar Al-Bireh, berkata beliau berharap ia akan membawa kepada pilihan raya kebangsaan.



"Jika mereka demokratik, adil dan bebas, mereka akan membantu kami mengadakan pilihan raya perundangan dan presiden," katanya kepada agensi berita AFP.



Presiden Palestin, Encik Mahmud Abbas, mempertahankan keputusannya membatalkan pilihan raya presiden dan perundangan yang dijadualkan tahun lalu dengan mengatakan ia perlu diadakan di "semua wilayah Palestin".



Israel telah menghalang pengundian daripada diadakan di Baitulmakdis Timur yang diilhakan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >