Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PEREBUTAN KERUSI TAMBUN, PERAK

Penduduk singkap rasa cemas ketika bah melanda

Nov 11, 2022 | 05:30 AM



CIK SYAMIMI Sharudin dan keluarganya sedang bersiap-siap untuk tidur apabila air dari Sungai Chepor memasuki rumahnya dengan tiba-tiba.



Dalam hanya setengah jam, air telah naik hampir ke paras dada dan beliau, serta adik-beradik dan ibu mereka, Cik Suminam Sarmon, 73 tahun, melarikan diri ke tempat lebih tinggi.



"Saya berasa takut juga kerana air naik begitu pantas," kata Cik Syamimi, 33 tahun, mengimbau semula kejadian pada 5 Oktober itu kepada Berita Harian (BH).



"Barangan kami, seperti televisyen, perabot semuanya rosak... tapi mujurlah kami selamat," kata anak bongsu tujuh beradik itu.



Cik Syamimi menganggarkan beliau menanggung kerugian sekitar RM10,000 (sekitar $3,000).



Rumah Cik Syamimi, di Kampung Chepor Dalam di Manjoi, Perak, terletak di tebing Sungai Chepor.



Hujan yang turun tanpa henti pada hari kejadian menyebabkan air sungai melimpah dari tebing dan memasuki rumah-rumah di kawasan yang lebih rendah, seperti rumah Cik Syamimi.



Minggu lalu, calon Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Pakatan Harapan (PH) telah melawat penduduk kampung itu.



Mengulas mengenai lawatannya itu, Datuk Seri Anwar berkata:



"Musim hujan yang sedang melanda kini sangat berisiko kepada penduduknya.



"Saya bimbang sekiranya musim hujan akan bertambah buruk dan sistem pemantauan mesti dipergiat agar kita lebih berjaga-jaga dan bersiap dengan segala kemungkinan."



Seorang lagi penduduk kampung Cik Nur Zalikha Zainal Abidin, 30 tahun, dan keluarganya juga terjejas.



"Kejadian seperti ini jarang berlaku, jadi kami pun cemas juga," ujar beliau.



Rumah-rumah kampung di Manjoi, Tambun, itu dibina di bawah Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT), iaitu program kerajaan untuk menyediakan rumah kos rendah bagi penduduk.



"Saya berasa takut juga kerana air naik begitu pantas. Barangan kami, seperti televisyen, perabot semuanya rosak... tapi mujurlah kami selamat."



- Cik Syamimi Sharudin, mengimbau semula kejadian banjir pada 5 Oktober lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >