Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Penduduk Ukraine digesa jimat elektrik susuli serangan Russia ke atas kemudahan bekalan tenaga

Nov 23, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Pemerintah Ukraine menggesa para penduduk di ibu kota Kyiv dan beberapa bandar lain supaya membataskan penggunaan elektrik mereka ekoran bekalan yang terjejas akibat serangan Russia ke atas pusat bekalan.



Sementara itu, para penduduk warga tua dan yang rentan sibuk membuat persiapan untuk berpindah secara sukarela dari Kherson yang sedang diasak itu.



Para penduduk di bandar Kherson yang baru dibebaskan itu, di mana Kyiv mengatakan askar-askar Russia telah memusnahkan prasarana penting sebelum meninggalkan wilayah itu bulan lalu, boleh meminta untuk dipindahkan ke kawasan-kawasan yang lebih selamat.



Rakyat Ukraine berkemungkinan besar akan melalui keadaan terputusnya bekalan elektrik - yang terjadi setiap hari di serata negara itu - sekurang-kurangnya hingga hujung Mac tahun depan, kata ketua syarikat pembekal utama kuasa, kelmarin.



Russia bertindak balas selepas kegagalan tenteranya kebelakangan ini, dengan melancarkan serangan-serangan peluru berpandu ke atas kemudahan bekalan tenaga, mengakibatkan jutaan orang ketiadaan bekalan elektrik, sedang musim sejuk bermula dengan suhu di bawah sifar.



Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, telah mengatakan separuh daripada keupayaan bekalan elektrik negara itu telah dirosakkan oleh serangan-serangan roket Russia.



Dalam ucapannya setiap malam, Presiden Zelensky menggesa orang ramai supaya berjimat menggunakan tenaga, terutama di kawasan-kawasan yang teruk terjejas seperti di Kyiv, Vinnytsia barat daya, Sumy di utara dan Odesa di Laut Hitam.



"Kerosakan teruk dialami ke atas sistem tenaga kita akibat serangan-serangan pengganas Russia itu, dan orang ramai serta masyarakat peniaga harus berhemat dalam kegiatan harian," katanya.



"... cuba jimatkan penggunaan elektrik anda," ujarnya.



Dalam satu pesanan yang dimuatkan di laman Telegram untuk para penduduk Kherson - terutama warga tua, wanita dan kanak-kanak dan mereka yang kurang upaya - Timbalan Perdana Menteri, Cik Iryna Vereshchuk, memberikan beberapa panduan kepada para penduduk untuk menyatakan keinginan untuk berpindah.



"Anda boleh dipindahkan ke wilayah yang lebih selamat semasa musim sejuk," katanya dengan menyebut kedua-dua prasarana dan keselamatan yang bermasalah.



Jurucakap Kremlin, Encik Dmitry Peskov, berkata bahawa putusnya bekalan elektrik dan serangan-serangan Russia ke atas prasarana tenaga adalah akibat daripada keengganan Kyiv untuk berunding, lapor agensi berita rasmi Tass, minggu lalu.



Kelmarin, penasihat presiden Ukraine, Encik Mykhailo Podolyak, berkata Russia membedil Kherson dari seberang Sungai Dnipro, dan sekarang tenteranya sudah meninggalkan kawasan itu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >