Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penduduk Ukraine periksa tapak kubur selepas askar Russia dihalau keluar

Sep 19, 2022 | 05:30 AM



IZIUM (Ukraine): Penduduk di bandar Izium, Ukraine, mula mencari saudara mara yang mati di tapak perkuburan besar di wilayah yang ditawan semula daripada tentera Russia, dekat timur laut Ukraine, yang ditemui dengan tangan terikat ke belakang.



Beberapa lelaki menggali tapak yang terletak di dalam hutan, menempatkan kira-kira 200 salib kayu sementara, bertaburan di antara pokok dengan hampir 20 beg mayat putih dapat dilihat.



Pihak berkuasa Ukraine menemui kubur besar dengan lebih 450 mayat di Izium, bandar timur laut yang ditawan semula daripada tentera Russia beberapa hari lalu.



Mendedahkan penemuan itu, seorang pegawai polis wilayah memaklumkan bahawa terdapat mangsa tembakan dan serangan udara.



Kesatuan Eropah (EU) menggesa penubuhan tribunal antarabangsa bagi jenayah perang terhadap Russia berikutan penemuan kubur besar baru di Ukraine.



Menteri Luar Republik Czech yang memegang jawatan secara giliran Presiden EU, Encik Jan Lipavsky, berkata pada abad ke-21, serangan seperti itu terhadap orang awam adalah sesuatu yang di luar pemikiran dan menjijikkan.



Rayuan itu susulan penemuan kira-kira 450 kubur oleh pihak berkuasa Ukraine di luar bandar Izium, yang dahulunya diduduki Russia, dengan beberapa mayat yang digali menunjukkan tanda diseksa.



Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, dalam ucapannya, berkata "bukti baru penyeksaan diperoleh" daripada mayat yang dikebumikan di situ.



"Lebih 10 bilik penyeksaan ditemui di pelbagai bandar dan pekan yang dibebaskan di wilayah Kharkiv," katanya, sambil menggambarkan mengenai penemuan alat elektrik untuk tujuan penyeksaan.



"Itulah yang dilakukan Nazi. Inilah yang dilakukan oleh "Ruscist" dan mereka akan dipertanggungjawabkan dengan cara yang sama, baik di medan perang atau di mahkamah," katanya.



Ketua pentadbiran wilayah Kharkiv, Encik Oleg Synegubov, berkata antara mayat yang digali, 99 peratus menunjukkan tanda kematian akibat keganasan.



"Terdapat beberapa mayat dengan tangan terikat di belakang dan seorang ditanam dengan tali di lehernya," katanya.



Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, berkata kubur besar itu mungkin memberikan lebih banyak bukti bahawa Russia melakukan jenayah perang di negara jirannya yang pro-Barat.



Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, menyifatkan apa yang berlaku di Izium sebagai kekejaman.



Pesuruhjaya hak asasi manusia Parlimen Ukraine, Encik Dmytro Lubinets, berkata terdapat "kemungkinan lebih 1,000 rakyat Ukraine diseksa dan dibunuh di wilayah yang dibebaskan di wilayah Kharkiv".



Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, berkata ia berharap dapat menghantar pasukan untuk menentukan keadaan kematian.



Penemuan mengerikan itu berlaku lebih lima bulan selepas tentera Russia dihalau keluar dari Bucha berhampiran ibu kota Kyiv, meninggalkan ratusan mayat orang awam, yang kebanyakannya mempunyai tanda penyeksaan dan hukuman mati.



Pada Khamis, ketua EU, Cik Ursula von der Leyen, berkata beliau mahu Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa berhubung jenayah perang di Ukraine.



Russia, bagaimanapun, menafikan angkatan tenteranya melakukan kekejaman.



Ketua pentadbiran pro-Russia yang meninggalkan kawasan itu minggu lalu, Encik Vitaly Ganchev, mendakwa tentera Ukraine bertanggungjawab atas pembunuhan itu dan cuba menyalahkan Moscow, seperti dilaporkan agensi berita negara TASS.



"Sangat jelas Ukraine cuba mengulangi senario Bucha. Kini ia di Izium," katanya sambil membandingkan keadaan dengan bandar di utara Kyiv, lokasi ratusan mayat ditemui selepas tentera Russia melarikan diri pada Mac lalu.



Moscow berkata, pembunuhan itu dilakukan Ukraine dengan dakwaan itu dinafikan Kyiv dan penyiasat antarabangsa. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >