Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penerbangan Saudia bawa 814,000 jemaah umrah dalam tempoh tiga bulan

Oct 31, 2023 | 01:21 PM



RIYADH: Sejak awal Muharam sehingga akhir Rabiulawal, syarikat penerbangan Saudia telah membawa 814,000 jemaah haji ke kedua-dua arah, menandakan peningkatan 50 peratus, berbanding 2022.


Komitmen itu sejajar dengan dedikasi Saudia untuk menyumbang kepada matlamat Wawasan Saudi 2030.

Ketua Pegawai Haji dan Umrah Saudia, Encik Amer Alkhushail, mengesahkan bahawa persiapan awal sedang dijalankan untuk musim umrah, dengan penyelarasan dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memudahkan ketibaan jemaah ke Arab Saudi.

Pelaksanaan pelan itu katanya melibatkan pasukan khusus yang merangkumi wakil dari sektor operasi, dengan penyelarasan dan kerjasama dengan Kementerian Haji dan Umrah, Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam, entiti kerajaan yang menguruskan operasi lapangan terbang dan pihak berkuasa yang berkaitan.

Encik Amer berkata Saudia telah merancang secara strategik dalam operasinya, untuk menyediakan penerbangan sewa tambahan semasa musim umrah yang sedang berjalan, bertujuan untuk memudahkan pengangkutan lebih 100,000 jemaah melalui stesen baru.

Saudia telah memastikan penyediaan semua kemudahan yang diperlukan di lapangan terbang, untuk melayani jemaah haji dari awal musim.

Kemudahan itu termasuk tenaga kerja mahir, kios layan diri, perkhidmatan bagasi, wadah digital dan pusat perkhidmatan yang ditetapkan, bagi membolehkan syarikat penerbangan itu mencapai kecekapan operasi yang ketara.

Selain itu, perkhidmatan elektronik termaju pada wadah digital, telah memainkan peranan penting dalam memberikan pengalaman lancar yang menyelaraskan prosedur jemaah haji.

Usaha-usaha itu bertujuan memberikan perkhidmatan unggul kepada jemaah haji, supaya mereka dapat melakukan ibadah dalam persekitaran yang memperkayakan rohani.

Beliau menekankan bahawa peningkatan ketara dalam bilangan jemaah yang dibawa, adalah bukti kejayaan usaha itu, dan mencerminkan kepakaran luas penerbangan Saudia dalam bidang tersebut.

Beliau menambah, “melalui operasi yang berjaya dalam mencapai pelbagai destinasi antarabangsa dan menerbangkan lebih ramai jemaah haji, Saudia telah menunjukkan dedikasi yang mendalam untuk meningkatkan pengalaman perjalanan keseluruhan”.

“Ini dicapai melalui memperkemas dan mengoptimumkan prosedur digital, serta menyediakan perkhidmatan inovatif yang menyepadukan usaha merentasi pelbagai sektor,” ujar Encik Amer.

Encik Amer turut menjelaskan bahawa salah satu daya usaha tersebut ialah wadah ‘Umrah oleh Saudia’, yang menawarkan pelbagai pakej umrah menyeluruh yang disesuaikan bagi menampung pelbagai segmen jemaah.

“Tambahan pula, Saudia menawarkan saluran ‘Haji dan Umrah’ dalam sistem hiburan dalam penerbangan, menyediakan pelbagai program yang direka bagi membantu tetamu dalam melaksanakan ritual keagamaan mereka,” jelas beliau.

“Daya usaha ini menekankan kerjasama ketara antara pelbagai sektor, melaksanakan arahan Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, dengan Putera Mahkota – semoga Allah melindungi mereka – untuk menyampaikan komitmen terhormat kerajaan dalam melayani jemaah haji dan tetamu Allah,” ujar Encik Amer. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >