Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pengasas syarikat penerbangan MYAirline disiasat bagi tipu, ubah wang haram

Oct 19, 2023 | 11:48 AM



KUALA LUMPUR: Pengasas bersama sebuah syarikat penerbangan Malaysia, MYAirline, menjadi perhatian pihak berkuasa sejak dua tahun lalu atas dakwaan kegiatan meragukan, termasuk penipuan dan pengubahan wang haram.


Datuk Allan Goh Hwan Hua, isterinya Datin Neow Ean Lee, dan anak lelaki mereka Goh Tze Han, yang direman pada Rabu, disiasat bukan berhubung kegagalan syarikat penerbangan itu sahaja, bahkan kerana dakwaan mereka terlibat dengan syarikat lain yang dikaitkan dengan Datuk Goh.

“Mereka dalam pemerhatian sejak dua tahun lalu. Polis sedang menyiasat aktiviti membabitkan syarikat penerbangan itu dan syarikatnya yang lain,” kata sumber, yang dipetik oleh akhbar The Star.


“Terdapat banyak bidang untuk diterokai, jadi penyiasat akan meneliti setiap syarikat untuk menyiasat sebarang kesalahan.”

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata Datuk Goh, 57 tahun; Datin Neow, 55 tahun; dan anak mereka, yang berusia 26 tahun, ditahan di kediaman mereka pada kira-kira 5.30 petang Selasa dan direman hingga Sabtu.

“Kami sedang menyiasat mereka di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

“Permohonan reman dilakukan di lokap pusat Jinjang, dan kami berjaya mendapatkan perintah reman selama empat hari,” katanya.

Datuk Ramli berkata beliau tidak menolak kemungkinan akan merampas aset mereka dan membekukan akaun bank mereka.

“Kami sedang menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap aset dan akaun bank mereka.

“Bagi merampas dan membekukan mereka, ia bergantung pada siasatan, tetapi kami pastinya tidak menolaknya,” ujarnya.

Beliau berkata jabatan itu juga akan memutuskan sama ada lebih banyak tangkapan diperlukan.

“Siasatan akan menunjukkan jika lebih banyak tangkapan diperlukan,” tambahnya.

Penangkapan ketiga-tiga suspek adalah penting dalam menggerakkan siasatan, kata beliau.

Ketiga-tiga suspek tidak dapat dihubungi untuk diminta mengulas kerana mereka berada dalam tahanan polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >