Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengebom berusia 81 tahun; Kes serangan antara 1978-1995 ragut tiga nyawa, keliru polis

Pengebom ‘Unabomber’ AS mati dalam penjara

Jun 11, 2023 | 02:00 PM



WASHINGTON: Ted Kacynski, seorang bekas professor matematik yang lebih dikenali sebagai pengebom ‘Unabomber’ selepas melakukan 17 serangan bom secara misteri yang membunuh tiga orang dan mengelirukan Biro Siasatan Federal (FBI), dilaporkan mati pada Ahad.


Mendiang berusia 81 tahun.

Kaczynski, yang mencipta dan menghantar kebanyakan bomnya sewaktu menetap di sebuah kabin terpencil tanpa bekalan air di kawasan dalaman Montana, didapati mati di penjara di North Carolina.

Cik Kristie Breshears, seorang jurucakap Biro Persekutuan Penjara, mengesahkan kematian itu kepada agensi berita Reuters.


“Dia telah mati,” kata Cik Breshears.

“Dia didapati tidak sedarkan diri di selnya awal pagi tadi (Sabtu waktu tempatan).”

Lulusan Universiti Harvard itu hidup berseorangan sejak kecil.

Dalam serangan yang dilakukannya, dia menyasarkan para akademik, pakar sains dan pemilik kedai komputer dan juga cuba meletupkan sebuah pesawat komersial dalam satu kempen pengganasan seorang diri yang berlangsung dari 1978 hingga 1995.

Dia berbuat demikian kerana percaya teknologi moden membawa kemudaratan.

Sepanjang tempoh itu, pihak polis tidak berjaya mengumpul sebarang bukti konkrit terhadap identiti si pembunuh itu.

Mereka memberi gelaran UNABOM bagi kes tersebut, bermaksud pengeboman universiti dan syarikat penerbangan.

Namun satu petunjuk muncul apabila Kaczynski mengeluarkan satu manifesto mengandungi 35,000 perkataan bertajuk ‘Masyarakat Perindustrian dan Masa Depannya’ yang diterbitkan di media pada September 1995.

Adik lelaki Kaczynski, Encik David, memberitahu pihak polis bahawa idea yang dibincangkan dalam manifesto itu persis kepercayaan abangnya.

Anggota penguatkuasaan kemudian menangkap Unabomber itu di kabinnya pada April 1996.

Selepas menolak percubaan peguam bela agar dia mengakui dirinya tidak waras, Kaczynski mengakui bersalah atas semua dakwaan persekutuan berkait serangan bom yang berlaku pada 1998.

Sebuah mahkamah di California menghukum empat tempoh penjara seumur hidup dengan tambahan lagi 30 tahun ke atasnya.

FBI menyifatkan pesalah itu sebagai “genius tidak sihat yang mempunyai aspirasi untuk menjadi pembunuh sulit yang sempurna.”

Dia dihantar ke penjara maksimum ADX yang lebih dikenali sebagai penjara “supermax” di Florence, Colorado.

Dia kemudian dipindahkan ke kemudahan penjara di North Carolina pada 2021. – Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >