NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menu- duh tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi, melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa dalam pengeboman berganda di sebuah dewan pengebumian yang penuh sesak di ibu negeri Yaman yang dikuasai pemberontak pada 8 Oktober lalu.
Panel pakar berkata bahawa maklumat awal menunjukkan serangan itu telah menyebabkan kematian ramai penduduk awam berbanding kematian pihak tentera, dan ia boleh dijangka sebelum serangan dilancarkan.