Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengganas M’sia dibebaskan

Nov 21, 2019 | 03:45 PM



KUALA LUMPUR - Pengganas Malaysia yang diberkas, Yazid Sufaat, yang mempunyai 4 tan ammonium nitrat pada 2000, merancang untuk mengebom Singapura, telah dibebaskan dari penjara, lapor The Straits Times (ST).



Pakar biokimia yang dilatih di Amerika Syarikat itu pernah mencuba membina senjata pemusnah besar-besaran untuk Al-Qaeda, dibebaskan dari Penjara Simpang Renggam, dua tahun setelah menjalani hukuman dua tahun, had maksimum dibenarkan di bawah Akta Pencegahan Pengganasan (Pota).



Ketua polis Anti-pengganasan Malaysia, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberitahu ST bahawa Yazid, 55 tahun, dibebaskan setelah Badan Pencegahan Pengganasan bertemu untuk bincangkan perkara ini November ini.



“Dia akan berada di bawah pantauan polis selama dua tahun dan harus memakai Alat Pemantau Elektronik (EMD). Jika dia ingin ke luar Ampang, Yazid harus memaklumkan ketua polis Ampang,” kata Datuk Ayob.



Datuk Ayob menambah bahawa walaupun Yazid boleh gunakan telefon, dia tidak boleh ada sebarang akses kepada Internet.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >