Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Pengguna di JB mengeluh ayam dijual lepasi harga siling $3.34 sekilo

Apr 08, 2023 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Pengguna di bandar raya ini mengeluh berikutan harga ayam segar dijual melepasi harga siling, iaitu pada harga RM11 ($3.34) sekilogram, sejak lebih sebulan lalu.



Tinjauan di beberapa pasar basah utama di Pandan, Kempas dan Skudai, mendapati hampir kebanyakan peniaga ayam segar menjual hasil ternakan itu melebihi harga siling RM9.40 ditetapkan.



Peniaga meletakkan tanda harga RM9.40 setiap kg ayam segar yang dijual, namun disertakan notis kecil caj RM1.60 dikenakan yang dirujuk mereka bayaran bagi khidmat pemotongan serta kos plastik, lapor Berita Harian Online.



Seorang pengguna yang mahu dikenali sebagai Cik Shamsiah, 49 tahun, berkata beliau tidak ada pilihan dan terpaksa membeli ayam segar walaupun terbeban dengan harganya yang mahal.



Berikutan itu, katanya, beliau terpaksa mengehadkan pembelian ayam segar kepada hanya dua ekor seminggu berbanding empat atau lima sebelum ini.



"Memang ramai terbeban apabila harga bahan mentah utama melonjak RM11 setiap kg berbanding hanya antara RM8 dengan RM9.90, akhir tahun lalu. Ramai pengguna termasuk saya sering merungut kepada penjual, jika harga ayam terus mahal, sudah pasti tidak ramai dapat beli seperti sebelum ini.



"Di pasar raya besar, memang ayam segar dijual pada harga siling, namun jumlahnya tidak banyak dan sering habis awal, jadi pengguna termasuk saya terpaksa ke pasar basah juga. Tentu ramai akan lebih terbeban menjelang Aidilfitri ini kerana ayam antara juadah utama hari raya," katanya.



Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, sebelum ini berkata, peniaga dilihat masih mematuhi harga siling ayam bulat pada kadar RM9.40 sekg sejak 1 Ramadan atau 23 Mac lalu dan berharap harga berkenaan kekal dipatuhi sehingga Syawal nanti.



"Bagi memastikan peniaga terus patuh dengan harga ditetapkan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) serta pemain industri akan sentiasa peka setiap masa," kata menteri berkenaan.



Seorang peniaga ayam segar di sini, Encik Hafizul Mohamad, 41 tahun, berkata mereka terus tersepit apabila pembekal meletakkan harga ayam segar pada harga RM9.10 hingga RM9.30kg, sekali gus mustahil mampu menjualnya pada harga siling RM9.40.



"Sampai (harga ayam segar ke peringkat peruncit) pun sudah RM9.10 hingga RM9.30kg, jadi bagaimana peniaga nak jual pada harga siling RM9.40 seperti ditetapkan kerajaan.



"Pengguna memang sering merungut, ada yang marah apabila harga ayam jadi RM11 setiap kg kerana peniaga terpaksa letak caj perkhidmatan sebanyak RM1.60 setiap kg. Jika tidak kenakan caj itu, sudah pasti ramai peniaga ayam akan gulung tikar," jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >